Produser filem, Fabian W. Joseph memaklumkan naskhah dokumentari, Man On The Run diluluskan sepenuhnya oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi tayangan di Malaysia.

Menurut Fabian, pihak produksi berdepan kegusaran pada awalnya kerana memikirkan kemungkinan filem dokumentari arahan Cassius Michael Kim mengenai skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) itu bakal berdepan kesukaran untuk ditayangkan di panggung wayang tempatan.

“Selepas melalui proses LPF, filem itu diluluskan 100 peratus tanpa sebarang potongan. Kami melalui prosedur biasa. Apabila filem ini tidak mendapat sebarang bantahan, kami sejujurnya agak terkejut.

“Pada awalnya, kami merasakan naskhah yang mengangkat tema agak kontroversi ini tidak lulus untuk ditayangkan di pawagam. Namun akhirnya kami dapat kebenaran untuk menayangkan filem ini di panggung wayang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang media sejurus tayangan perdana Man On The Run yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

IKLAN

Sementara itu, Cassius selaku pengarah pula menjelaskan, cabaran terbesar adalah untuk menyunting sedutan temu bual dalam durasi filem.

“Cabaran utama kami untuk menghasilkan filem ini adalah cara untuk menggarap kisah skandal global ini menjadi sebuah filem. Selepas kami kumpulkan sedutan semua wawancara penting, durasi file mini mencecah 4 jam.

“Jadi, kami perlu susun dan teliti semua dengan cermat supaya semua perihal penting dimuatkan ke dalam filem. Bermula dengan 4 jam, akhirnya kami berjaya memadatkan segala isi penting filem dokumentari ini dalam masa 1 jam dan 38 minit,” katanya.

IKLAN

Pendedahan Berani! 100% Lulus, Man On The Run Ditayangkan Tanpa PotonganPendedahan Berani! 100% Lulus, Man On The Run Ditayangkan Tanpa PotonganPendedahan Berani! 100% Lulus, Man On The Run Ditayangkan Tanpa PotonganPendedahan Berani! 100% Lulus, Man On The Run Ditayangkan Tanpa Potongan

IKLAN

Man On The Run adalah sebuah karya yang memaparkan kisah benar mengenai amalan rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara.

Ia turut membabitkan individu yang dikehendaki iaitu Jho Low, seorang ahli perniagaan misteri yang merancang mengeksploitasi dana kekayaan Malaysia menerusi 1MDB.

Filem Man On The Run ini akan ditayangkan di pawagam di Malaysia bermula 19 Oktober lalu dan kini masih rancak ditayangkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI