
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid memohon maaf kepada semua pihak yang cuba menghubungi bagi bertanya khabar mengenai situasi semasa dirinya sejurus memuat naik foto tidak lagi bertudung, awal hari ini.
Menurut Mawar, tiada banyak yang boleh dijelaskan mengenai hal terbabit namun tetap cuba memperbaiki hubungan dengan Yang Maha Esa.
“Minta maaf saya tak angkat dan tak reply semua yang tanya keadaan saya. Saya baru buka telefon malam ni. Saya akan bagi statement di sini sahaja ya.
“I don’t have much to say about this issue sebab tindakan saya ni bukanlah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.
“Sungguh pun semua ini dah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah Swt. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah Swt sahaja,” jelasnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan drama TQ Captain ini menerusi Insta Stories, sebentar tadi.
Dalam pada itu, dia turut memberikan ucapan kepada semua yang menitipkan kata-kata semangat buatnya.
“Saya juga nak minta maaf kepada semua orang yang saya dah kecewakan. Saya dah buat dan saya cuba sedaya upaya untuk istiqomah selama ni. Tapi saya gagal kali ini.
“Doakan saya untuk istigamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini.
Terima kasih kepada yang masih support saya, bagi kata positif dan doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya lagi.
Terdahulu, Mawar membuat kejutan dengan berkongsi dua fotonya tanpa tudung di Instagram pada awal Selasa sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Itu Adil, Bekas Kekasih Mengaku Curang…,” – Pendedahan Berani Sarah Hildebrand, Biar Betul?

Pelakon Sarah Hilderbrand ada memuat naik sekeping gambar di laman media sosial Instagram awal malam tadi.
Menerusi posting tersebut, Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand telah berkongsi kisah percintaan dirinya yang sudah berlalu.
Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu meluahkan pengakuan, menceritakan hal yang didakwa berlaku terhadap hubungan percintaan mereka setelah hampir 5 tahun menjalinkan hubungan cinta.
“Pengakuan: Punca sebenar saya berpisah dengan bekas kekasih.
“Saya banyak bersabar dengan perkara remeh temeh, apabila rakan saya meminta saya untuk tinggalkan, saya terus membuat alasan untuk bekas kekasih saya kerana saya optimis dan memberi harapan dalam perhubungan saya.
“Sepanjang hubungan itu, saya telah dihina, didesak dan dibuli denganya.
“Tiada komunikasi dan sebagainya dan bila bicara soal masa depan perhubungan, tapi dia sering menukar topik itu.
“Sangat penat. Saya dituduh sebagai curang tapi satu hari, Allah itu adil, bekas kekasih mengaku curang dengan perempuan lain.
“Tapi, saya masih berusaha untuk hubungan tersebut.
“Saya sangat bodoh sebab saya ingat saya boleh lupakan perkara itu dan semuanya akan kembali okey, tapi ternyata tidak. Saya tak boleh lupakan perkara tersebut.
“Ia menghantui pemikiran saya. Cuba bayangkan perasan disakiti hampir 5 tahun bersama, dan saya letih dengan hubungan macam ni, dan itu yang terjadi.
“Secara perlahan-lahan saya menghindarkan perkara tersebut. Berhenti untuk hubungan yang tiada hala tuju dan saya mula untuk fokuskan diri dan kerjaya saya.
“Alhamdulillah atas dengan usaha, saya berjaya membina kerjaya saya sebagai seorang pelakon dengan watak Nadine yang saya lakonkan di TV. Selepas itu, saya dituduh mencari populariti dengan cara kotor.
“Maaf, saya tidaklah sekotor itu. Saya akan pastikan duit yang saya dapat adalah rezeki yang halal. Tambahan, saya juga bertanggungjawab untuk menjaga ibu saya yang seorang ibu tunggal. Saya tak akan cari duit dari rezeki yang kotor.
“Saya bagi tahu ini dengan berniat baik berharap mungkin awak boleh belajar daripada kesilapan atau mungkin bila awak dikecewakan, awak akan merasai apa yang yang saya lalui.
“Saya nak awak tahu awak tak sendirian. Jika ada seseorang yang buat awak tak bahagia, tinggalkan.
“Awak perlu sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Semoga Allah mengampunkan dan melindungi kita,” tulisnya.
Lalu, perkongsian pelakon berusia 28 tahun ini mendapat perhatian netizen sekaligus tular di laman media sosial.
Rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka terhadap entri berkenaan.
Setiap apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya dan diharapkan Sarah sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan kehidupan.
View this post on InstagramA post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on
Foto : Instagram Sarah Hildbrand, Twitter
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Dikritik Netizen ‘Kau Patut Buat Muka’, Aina Abdul Takut Nak Baca Komen!

Penyanyi meningkat naik, Aina Abdul akui terkesan dengan segelintir komen yang dilemparkan netizen terhadap imej serta penampilannya.
Bagaimanapun penyanyi lagu Sumpah ini, tidak mudah melinting mengenai perkara tersebut dan menganggap ia sebagai cabaran anak seni dalam bidang nyanyian.
“Saya sebagai pendatang baru, banyak belajar banyak perkara (fesyen) yang pelik-pelik dan diluar jangkaan. Saya suka nak mencuba, tetapi perkara itu membuatkan orang ramai yang mengecam saya.
“Walaupun ada yang kutuk, saya perlukan publisiti sebegitu. Saya tak rasa ‘down’ yang melampau kerana saya yang pilih untuk berpakaian sebegitu,” kata Aina kepada MH ketika ditemui di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.
Mahu memandang ke arah positiif, pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani ini menagnggap setiap komen netizen sebagai penguat semangatnya.
“Sekiranya saya berpakaian pelik sekalipun, kalau dilihat dari sudut positif, orang mencari siapa ‘Aina Abdul’. Saya mahu cuba memberi kelainan dalam imej saya, sekurang-kurangya saya orang bercakap fasal saya,” jujurnya.
Pernah menerima komen yang kurang enak didengar, Aina tenang berdepan dengan situasi tersebut.
“Sejujurnya, saya tak nak baca komen, saya takut dan saya tak akan balas. Terutamanya komen mengenai penampilan saya.
“Komen itu membuatkan saya terasa hati. Apabila baca komen di Instagram, ada yang cakap “kau patut buat muka”. Komen sedemikian antara yang sangat pedih.
“Bagaimanapun, ada juga saya dapat komen yang baik, Alhamdulillah,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Aina sudah membuat beberapa persiapan dari segi mental dan fizikal untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34, Ahad dengan mempertaruhkan lagu Sumpah hasil ciptaannya sendiri.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Comel Je, Janji Anak & Mummy Happy,” – Sama-Sama Baring Di Lantai, Cara Sempoi Emma Maembong Layan Anak Meragam Dipuji

Setiap ibu bapa pasti punyai cara yang tersendiri untuk mengawal dan menguruskan anak-anak ketika mereka sedang meragam.
Begitu juga bagi pelakon terkenal, Emma Maembong apabila dia dilihat turut sama terbaring di atas lantai bersama anaknya, Shariq Gabriel ketika mereka berkunjung di salah sebuah taman tema popular di Singapura.
Pada ketika itu, Shariq difahamkan sedang meragam lalu terbaring di atas lantai dan tidak mahu bergerak.
Video yang dikongsikan di Instagram stories itu kemudiannya tular selepas dimuat naik semula di akaun Tik Tok, Kopi Panas.
@kopipanas2uBerdekah aku gelak, Emma Maembong memang sempoi. Semua mommy kena follow tips Emma.
“Bila dia tak nak dukung, tak nak jalan dan tak nak buat apa, cuma nak baring. Bila cakap kotor dan kita angkat, dia menangis. Jadi, kita baring sekali,” tulis Emma di video tersebut.
Sehingga kini video tersebut telah pun meraih hampir satu juta tontonan di Tik Tok.
Video yang sama turut dikongsikan semula oleh pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu di akaun Instagram Shariq.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah anak beranak itu selain turut menyifatkan Emma sebagai seorang ibu yang sangat ‘sempoi’
“Sebenarnya Emma enjoy, dia berjaya healing sama anak dia. Pekara yang tak pernah dia terfikir dia akan buat.
“Betul, kalau anak ngamok saya pon selalu duduk dekat situ dan tengok je smpai dia okay. Join sekali dia duduk mengamuk tak mahu berjalan-jalan. Duduk sekali dengan dia.
“Lepas ni kalau jumpa mak-mak tengah baring macam ni, jangan tnya fasal apa naa.
“Comel je anak Emma Maembong. Janji anak happy. Mommy pun happy.
“Beginilah jaga anak. Makin kita marah, makin anak-anak mengamuk. Baik layan. Hati kita pun tenang,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada tanggal 20 Februari 2020.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq yang kini sudah berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shariq Gabriel & Tik Tok Kopi Panas
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI