Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita “Saya Memilih Untuk Tidak Ambil Pusing Hal Lain Sebab…,” – Kes Mahkamah...

“Saya Memilih Untuk Tidak Ambil Pusing Hal Lain Sebab…,” – Kes Mahkamah Tak Halang Siti Nordiana Fokus Dalam All Stars GV

Penyanyi Siti Nordiana menjelaskan kes mahkamah yang masih berjalan tidak mengganggu fokusnya di dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang bakal memasuki minggu keempat saingan, Ahad depan.

Menurut Siti Nordiana atau Nana, bagi prosiding kes saman fitnahnya terhadap lima individu termasuk dua artis iaitu Lan Solo dan Syura itu sebelum ini, ia hanya melibatkan pengurusnya, Mohammad Al Anas Osman.

“Setakat ini ia tidaklah terlalu mengganggu memandangkan keterangan baru-baru ini tidak melibatkan saya, hanya Anas.

“Jadi saya memilih untuk tidak ambil pusing hal lain sebab sekarang tumpuan saya di sini (ASGV).

“Sekiranya saya perlu beri keterangan selepas ini pun, ia tidak menjadi isu dan saya tak rasa perkara itu boleh mengganggu tumpuan saya dalam pertandingan ini.

“Syukur, peminat pun faham dan sentiasa beri kata-kata semangat. Saya hanya mendoakan yang baik-baik,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, pada 5 Oktober lalu, Anas memberitahu mahkamah bahawa kenyataan fitnah oleh lima individu berkenaan selebriti itu terlepas beberapa kontrak jenama terkemuka, pada November 2020.

Anas,39, berkata demikian ketika perbicaraan kes saman fitnah artis berkenaan yang dikenali sebagai Nana, di hadapan Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.

Menurutnya, surat pembatalan kontrak diterima selepas Siti Nordiana selaku plaintif menfailkan saman terhadap lima defendan itu.

IKLAN

“Saya Memilih Untuk Tidak Ambil Pusing Hal Lain Sebab…,” – Kes Mahkamah Tak Halang Siti Nordiana Fokus Dalam All Stars GV “Saya Memilih Untuk Tidak Ambil Pusing Hal Lain Sebab…,” – Kes Mahkamah Tak Halang Siti Nordiana Fokus Dalam All Stars GV

Ditanya mengenai cabaran minggu duet minggu hadapan di ASGV, Nana bakal bergandingan dengan Amir Masdi menyampaikan lagu Ada Apa Dengan Cinta yang dipopularkan oleh Melly Goeslaw dan Eric.

“Bagi saya Amir seorang penyanyi yang mudah dalam memberikan kerjasama. Sebab bila kita mahu cari rakan duet, perkara tersebut memang perlu diambil kira juga.

IKLAN

“Saya juga tahu akan kemampuannya, dalam kita pun sedia maklum dia antara vokalis lelaki yang kian meningkat naik. Semoga persembahan kami nanti akan berjalan lancar, insya-Allah,” katanya lagi.

“Saya Memilih Untuk Tidak Ambil Pusing Hal Lain Sebab…,” – Kes Mahkamah Tak Halang Siti Nordiana Fokus Dalam All Stars GV“Saya Memilih Untuk Tidak Ambil Pusing Hal Lain Sebab…,” – Kes Mahkamah Tak Halang Siti Nordiana Fokus Dalam All Stars GV

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI