Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri tidak menafikan antara sebab dia terbuka hati untuk sama-sama terlibat di dalam program mStar Baek apabila terkenang kisah lamanya yang pernah terserempak dengan bintang legenda, Zaiton Sameon sebelum ini.

Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu, 34, menjelaskan, ketika dia masih mengikuti pengajian, dia pernah melihat Zaiton jalan seorang diri di kawasan Cheras, Kuala Lumpur.

Lalu dia pasang niat, untuk membantu penyanyi berkenaan apabila sudah berkemampuan.

 

“Saya sebenarnya ada momen tersendiri apabila berkongsi kisah dengan beliau. Saya masih ingat lagi ketika zaman belajar, saya pernah terserempak dengan Zaiton berjalan kaki bersendirian di sekitar kawasan Cheras.

“Daripada situ saya sudah mula terdetik mahu membantunya jika berkemampuan… Apabila melihat nama Zaiton tersenarai, saya memang teruja dan sebab dia juga saya terus bersetuju menaja program tersebut,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, program berkenaan mempunyai objektif membantu barisan selebriti yang melalui fasa sukar dalam kehidupan ketika ini yang mana mereka sebelum ini menjadi individu banyak menabur bakti kepada masyarakat menerusi bakat seni masing-masing.

Selain Zaiton, antara artis lain yang disantuni termasuklah Mak Jah, Bad (Indigo), Mak Wan Latah, Ibnor Riza, Roy (Ratnaku) Wan Maimunah, Alina Hassan dan Izwan Fitri.

“Saya Masih Ingat Lagi Ketika Zaman Belajar…,” – Pernah Nampak Zaiton Sameon Berjalan Sekitar Cheras, Niat Ikhlas Madammu Nak Bantu Dimakbulkan“Saya Masih Ingat Lagi Ketika Zaman Belajar…,” – Pernah Nampak Zaiton Sameon Berjalan Sekitar Cheras, Niat Ikhlas Madammu Nak Bantu Dimakbulkan

IKLAN

Dalam pada itu, Madammu berkata, hatinya turut tersentuh apabila turun padang bertemu beberapa selebriti yang dalam keadaan susah selain diuji masalah kesihatan ketika menjalani penggambaran program tersebut.

“Nama-nama mereka yang terlibat dalam program ini merupakan selebriti yang telah menghiburkan kita dengan lakonan dan nyanyian mereka.

“Nama-nama yang terlibat dalam program ini merupakan selebriti yang telah menghiburkan kita dengan lakonan dan nyanyian mereka. Saya cukup tersentuh apabila melihat hidup mereka kini. Ada yang hidup susah dan ada juga yang mengalami masalah kesihatan.

IKLAN

“Saya secara peribadi mahu bantuan ini diteruskan di masa akan datang. Mungkin saya sendiri yang akan menziarahi mereka nanti,” katanya lagi.

Menerusi sidang media sama, Madammu menyerahkan wang tunai selain set penjagaan kecantikan kepada barisan selebriti yang terlibat.

Selain sumbangan wang tunai dan barangan lain daripada Noir, mereka turut mendapat sumbangan berupa barangan keperluan asas daripada Bernas seperti beras dari Jasmine, tepung (Era) dan gula (CSR) serta barangan kesihatan daripada Eskayvie.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI