Penyanyi Mimi Fly menafikan khabar angin yang kononnya dia sudah mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang juga seorang doktor, selepas tiga tahun menjalin hubungan.

Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham,36, bagaimanapun berkata, hubungannya bersama lelaki berkulit hitam yang bertugas di Dallas, Amerika Syarikat itu berjalan baik.

Malah, Mimi tidak menafikan sudah bertemu dengan keluarga kekasih hati yang berusia dalam lingkungan 40-an itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

“Tengah mengenal hati budi. Jumpa keluarganya juga di sana. Tak adalah (gosip kahwin). Siapa yang kahwin… mana ada. Cuma saya pun tak pasti sekiranya berkahwin nanti, saya akan kongsikan kepada semua orang. Masih berfikir mengenainya.

“Cuma sudah tentulah bila bercakap mengenai perkahwinan kepada keluarga saya, mereka nasihatkan untuk beritahu. Cuma tak tahulah. Ada ketikanya rasa macam nak simpan, untuk diri sendiri sahaja,” katanya kepada MH.

IKLAN

Mimi ditemui pada sesi Exclusive Screening Hour Bersama Bintang di Kuala Lumpur anjuran Global Hearing Care Centre Malaysia, pada Selasa.

Ditanya mengenai sejauh mana hubungan cinta jarak jauh memberi kesan kepada dirinya, penyanyi lagu Superfly itu senang dengan situasi berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

“Setakat ini saya okay, ‘enjoy’ dengan hubungan ini. Tidak terlalu memikirkan mengenai soal kahwin sebab saya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan pernah bercerai.

IKLAN

“Bila situasi itu berlaku, saya kini tidak terlalu tekankan mengenai kahwin sangat. Cuma untuk saya yang sedang menjalin hubungan jarak jauh ini, ia okay bagi saya. Sebab saya boleh fokus dengan kerjaya di sini.

“Situasi ini sesuai untuk saya sebab berdasarkan kepada pengalaman lalu, antara keluarga dan kerjaya kita kena pandai seimbangkan.

“Hubungan baru ini juga mengajar saya untuk tahu bagaimana menghadapi pasangan, ajar saya untuk uruskan kerjaya dan sebagainya. Kini saya perlu betul-betul memikirkan mengenai diri-sendiri, pilih apa yang terbaik.

IKLAN

“Begitu juga dengan dia. Saya bertemu dengan lelaki yang juga sama-sama komited dalam kerjaya yang dilakukan.

Bila bertemu ahli keluarganya saya gembira. Mereka melayani dengan baik, hormat dan menerima saya seadanya. Bagi saya penerimaan keluarga pasangan pun penting,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

Untuk rekod, Mimi yang juga bekas anggota kumpulan One Nation Emcee ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015, namun bercerai dua tahun kemudian.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI