Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap gambar tersebut.
Ads
Dalam masa sama, ada juga netizen yang menegur cara David itu supaya tidak membandingkan
kedua-dua beradik itu kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Salah seorang juri tetap program terkini terbitan Astro, Mikrofon Impian, Fauziah Latiff merakamkan rasa terharu dan bangga di atas kepercayaan yang diberikan sebagai juri menerusi program pertama seumpamanya di negara ini itu.
Diadaptasi menerusi program sama dari Thailand, Mikrofon Impian merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang membantu masyarakat yang dibebani dengan masalah hutang.
Berkongsi mengenainya dengan lebih lanjut, penyanyi senior itu memberitahu dia pada awalnya sudah pun bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada ‘famili’ Mikrofon Impian kerana pengisiannya yang unik dan menarik.
“Bagi saya, pengisiannya sangatlah besar dan pada masa sama banyak pengajaran yang tersirat. Tidak kiralah siapa pun kita tetapi pada akhirnya semuanya adalah berkenaan dengan kehidupan.
“Secara tidak langsung, ia membolehkan kita untuk berfikir dan belajar,” katanya kepada MH.
Bakal bersiaran selama 13 episod, para pesertanya akan dinilai menerusi bakat nyanyian yang ada dan pastinya, barisan lagu dendangan Fauziah juga tidak ketinggalan menjadi pilihan peserta.
“Ada yang nyanyikan lagu Apa Sebenarnya. Kakak tu bagi saya seorang yang sangat naif dan ‘sweet’. Siapa sangka dibalik kehidupan masing-masing ada masalah tersendiri yang dihadapi sebab itulah mereka menyanyi daripada jiwa,” kongsinya lagi.
Menurut Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, program yang merupakan hasil kerjasama Astro dan Chatime Malaysia merupakan inisiatif pihak Astro dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dan menyelami perasaan mereka yang terjerat dengan tanggungan hutang.
“Program ini adalah untuk menyuntik kesedaran serta membawa penonton menyelami perasaan mereka yang terpaksa melalui kesusahan dan keperitan kerana terjerat denga hutang dalam menjalani kehidupan seharian.
“Fomat asal program ini berkonsepkan pertandingan nyanyian dan ia juga dirangka bagi membantu mengurangkan beban masalah kewangan para peserta jika mereka memenangi pertandingan ini setiap minggu.
“Hadiah wang tunai yang diberikan adalah mengukut jumlah keperluan kewangan yang diminta oleh para peserta berdasarkan situasi masing-masing,” katanya sejurus ditemui pada majlis pelancaran program Mikrofon Impian, di The Majapahit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program Mikrofon Impian akan diterajui Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Setiap minggu para peserta juga akan diadili oleh juri undangan khas seperti Zamani, Elyana, Mark Adam, Elizabeth Tan, Tomok, Hazami, Salih Yaacob, Mawi dan Siti Nordiana.
Mikrofon Impian akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 17 Februari menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Foto: Instagram Fauziah Latiff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lagi tiga hari sebelum menjelang Hari Kekasih, namun Zul Handy Black menerusi laman Instagram telah memberi amaran awal kepada netizen.
Tulisnya di ruangan kapsyen, ia adalah hari keraian yang dicipta oleh orang kafir.
“Saje nak bagitau awal2…
Takyah ikut sangat la…
Takyah nak celebrate sangat la…
Takyah rasa bangga sangat la…
Takyah rasa stylo sangat la…
Takyah rasa semarak cinta sangat la…
Takyah rasa loving sangat la…
Takyah rasa romantik sangat la…
Takyah jadi bangang sangat la…
Sebab ini adalah hari keraian yang dicipta oleh kafir…
Jangan ikut sangat…
Islam tak ajar benda2 ni semua…
Nabi tak suruh raikan hari Valentine ni…
Korang jangan nak tiru2 sangat budaya kafir ni,” tulisnya.
Pelakon Mantra ini mempersoalkan mengapa orang Islam tidak mahu mengikut cara yang dianjurkan para Rasul dan nabi?
“Kafir berjaya bukan dengan perang atau pengaruh manusia masuk agama diorang…
Kafir berjaya dengan mempengaruhi sekelian manusia supaya ikut2 gaya dan cara diorang… Kenapa ramai Islam taknak ikut cara yang dianjurkan oleh para Rasul dan Nabi eh…?
Kenapa ramai Islam suka ikut dan nak jadi macam kafir eh…?
Jangan poyo sangat ikut2 kafir tu…
Nanti susah di padang mahsyar nanti,” ulasnya lagi.
Malah, dia menempelak masih ada lagi individu yang melakukan kemungkaran walau telah berulang kali ditegur.
“Banyak kali dah share benda2 camni…
Si jahil yang degil masih banyak lagi bersepah…
Kesedaran tak sampai2 jugak kat diri…
Jangan cakap abang tak payung…
“TAK PERCAYA…?!
“Kita pantau je nanti 14 february…berapa ramai yang kata dirinya Islam, tapi meraikan hari2 meriah ciptaan kafir ini…yang mana matlamatnya sikafir adalah memang ingin menjauhkan kita dari agama Islam dan sunnah Nabi…
Berapa ramai Islam nak ikut2 budaya kafir…?
Tepuk dada tanya IMAN…
Manusia yang memang nak melakukan kemungkaran, diorang memang tak rasa apa apa dengan teguran dan pesanan…
Mereka lagi seronok dan terbuai mengikut bisikan syaitan…
Lantak la kalau sentap!
Umat akhir zaman memang ramai yang akan ikut kafir…sampai kafir masuk lubang biawak pun, pasti ada yang follow jugak…bangang sungguh…
Bukankah ISLAM itu sudah tersedia indah…?” katanya.
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.