
Selepas suami Sarah, pelawak Shuib berulang-ulang kali mahu menawarkan diri untuk menjadi model lelaki menerusi singel terkininya, Sarah memberitahu dia sudah bosan dengan permintaan berkenaan.
Kerana bagi Sarah, lagu Semakin merupakan suatu lagu serius dan bukannya lagu yang ringan atau berunsurkan humor.
Malah, penyanyi itu turut meluahkan rasa geramnya terhadap Shuib menerusi sepotong video di Instagram beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, sehari lalu Sarah ada memuat naik pula sekeping foto dengan tulisan “Hensemnya dia ni. Cer teka siapa? di Instagram.
Ia sekali gus memberi peminatnya untuk terus berteka-teki mengenai siapakah model atau pelakon lelaki yang turut sama membuat penampilan terhadap lagu hasil ciptaan Shuib itu.
View this post on InstagramA post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
Sambil membiarkan peminat terus berteka-teki, Sarah ketika dihubungi MH sekali lagi menyatakan keengganannya untuk mengambil suami sendiri sebagai pelakon di dalam muzik video berkenaan.
“Saya tak nak ambil dia, atau kawan-kawan dia. Masa awal saya minta pendapat Shuib, dia cakap kalau saya tak mahu dia, dia boleh ambil rakan-rakan pelawak yang lain. Semakin lagu yang serius. Bukan main-main.
“Tak kan nak letak muka pelawak pula dalam muzik video tu? Shuib tetap handsome di mata, tapi aku tak nak dia enterframe dalam ini gambar!,” seloroh Sarah.
Sambil menyatakan idea pembikinan muzik video semakin adalah sebagai cara untuk terus mempromosikan lagu berkenaan buat pencinta seni tempatan, Sarah turut gembira kerana lagi itu juga turut terpilih sebagai antara 12 lagu yang bakal bersaing di dalam Anugerah Juara Lagu ke33 Februari depan.
Pada masa sama, Sarah turut memberitahu dalam banyak nama pelakon lelaki, nama Remy Ishak paling ramai disebut peminat.
Foto: Instagram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Suka Lakukan Pada Waktu Pagi..” – Bella Dally Akui Tubuh Rasa Lebih Segar

Siapa yang tidak mengenali artis wanita berhijab ini yang memiliki pesona yang begitu anggun! Sentiasa tampil cantik berseri dan memiliki bentuk tubuh badan yang menawan, pasti memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk kekal cantik sepertinya.
Nama Bella Dally tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni Malaysia. Bukan sahaja memiliki gaya fesyen dan personaliti yang menarik, malah gaya sihat yang dikongsikannya di lama Instagramnya turut menjadi fokus utama wanita di Malaysia untuk mengimpikan kehidupan sepertinya.
Umum tahu bahawa Bella menyintai dunia berbasikal. Acapkali memuat naik videonya berbasikal ternyata memakai hijab bukanlah alasan untuk dirinya tidak aktif.
Pun begitu, selain berbasikal, Bella juga turut melakukan senaman kardio seperti HIIT Cardio dan juga jogging. Bella juga turut kongsikan videonya melakukan senaman kardio di laman Instagram miliknya.
Seperti apa yang diterangkan menerusi ‘caption’ video itu, Bella juga turut kongsikan beberapa info mengenai senamannya.
Menurut Bella, dia sering melakukan senaman pada waktu pagi kerana pada masa itulah tubuh badannya penuh dengan tenaga berbanding dengan waktu-waktu yang lain.
Bukan itu sahaja, malah Bella juga turut nyatakan dia berasa lebih rajin dan bersemangat di waktu pagi!
Tambahnya juga, selain berbasikal, dia melakukan senaman kardio dan juga senaman kekuatan seperti mengangkat ‘dumbbell’.
Oleh kerana rasa segar yang dirasai selepas bersenam, Bella melakukan senaman ini empat hingga lima kali seminggu!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber gambar: Instagram Bella Dally
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tolong Jangan Buat Nur 3,” – Jalan Cerita Kian ‘Annoying’, Netizen Mohon Tiada Sequel & Ini Respon Pengarahnya

Menerima ribuan mesej menyatakan ketidakpuasan hati terhadap perjalanan watak dalam Nur 2, pengarah Shahrulezad Mohameddin menjelaskan setiap apa yang dipaparkan punya maksud tersirat dan pengajaran tersendiri.
Malah, ada netizen mendakwa jalan ceritanya menjadi ‘annoying’.
“Tolong jangan buat dah drama Nur season 3. Takut pulak ayah haji kahwin dengan gadis Lorong, mak adan kena stroke sebab terkejut. Madi jadi bapak ayam.
“Ecah buka kedai jual sup bunjut lepastu kahwin dengan warden penjara. Adam kahwin 2. Nur aku takdak idea dia nak jadi apa better dia p kerja dekat baskin robin jelah makan aiskrim hari2 asyik kesian dekat orang pun tak guna. Haihh annoying betoi hahaha.”
Katanya, tidak mampu menjelaskan satu persatu kekecewaan penonton, namun bagi pengarah ini, situasi itulah yang sebenarnya berlaku dalam realiti yang mana penonton tidak mahu menerima hakikat.
“Kalau ikutkan hati abam ni abam nak ulas satu persatu komen penonton/netizen yg memberi reaksi terhadap kebodohan/naive Nur, Ecah dan Adam dalam medsos.
“Kalau boleh abam nak suap satu demi satu pengajaran atau maksud yg tersirat disebalik kejadian atau peristiwa yg berlaku dalam keluarga itu.
“Tapi abam sedar abam tak mampu berbuat demikian. Terlalu ramai yg tak puas hati dengan tiga watak ini yg mana abam rasa sedikit upset. Abam bukan upset dengan watak atau cerita abam.
“Tapi abam upset bila mostly penonton Nur masih lagi gagal untuk memahami kenapa abam design watak mereka sedemikian.
“Dalam pada masa sama mereka berteriak mahu cerita yg berpijak di bumi nyata dan realistik tapi dalam pada masa yg sama jugak mereka memilih untuk tidak mahu menerima realiti wujudnya watak watak sedemikian.
“Kalau boleh mereka nak menonton cerita Nur ni seumpama menonton sebuah gusti WWF yg mana setiap pukulan mesti dibalas saat itu jugak.
“Mereka seolah olah benci dengan Nur yg bodoh dan bengap itu walaupun watak Nur sebenarnya adalah cerminan segelintir wanita yg sorry to say memang ada yg senaif dan sebodoh Nur dan Ecah.”
Tulisnya lagi, Nur adalah mengisahkan kehidupan wanita di luar sana yang naif dan terlalu percayakan manusia.
Malah, tegasnya, tiada babak berlawan gusti dan Nur bukanlah superhero yang mampu bangkit sekelip mata melawan kekejaman.
“Cerita Nur 2 memang abam tujukan khas untuk perempuan2 dan lelaki2 naif dan lurus bendul diluar sana. Angkara Percaya Tergadai Bahagia. Sekiranya korang mengharapkan Nur bangkit balik dalam masa sekelip mata umpama watak watak hero dalam comic Marvel. Korang tersilap channel sebenarnya.
“Cerita Nur2 sangat simple mesejnya walaupun konflik dan plotnya kelihatan gelap pekat. Nak tahu apa mesejnya? Sila tunggu sehingga akhir. Itupun kalau korang bukan sejenis tak sabar atau cepat koyak. Again. Cerita Nur2 adalah mengisahkan kenaifan segelintir dari kita yg kerana terlalu percaya maka tergadai bahagianya. Itu saja.
“Ironinya semakin ramai wanita2 DM abam bercerita pasal dilema hidup mereka dalam berdepan dengan lelaki2 seperti Hamadi. Bila abam tanya kenapa tak keluar dari bubble itu.
“Mereka menjawab sama macam kenapa Aishah masih tak mampu untuk keluar dari cengkaman Hamadi. Ada yg dah berbelas tahun anak dah berderet. Bodoh? Ya mereka mengakui memang mereka bodoh.
“Apa yg mereka harapkan semoga Allah memberikan mereka kekuatan untuk bangkit. Aminnn,” tulisnya panjang lebar menerusi Instagram.
View this post on InstagramA post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on
Apapun, Nur 2 tetap mempunyai peminatnya tersendiri dan masing-masing pun berhak memberikan pandangann. Betul tak?
Foto – Instagram Budak Ijat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mata Ni Menahan Genang,” – Banduan Akhir Lebih Bahagia Dalam Penjara, Norman Hakim Tahan Sebak

Peluang meluangkan masa di bulan Ramadan bersama banduan akhir disifatkan sebagai cukup bermakna.
Ulas Norman Hakim, semua banduan akhir yang ditemui sedang menunggu masa untuk dijatuhi hukuman masing-masing.
Melihatkan ketenangan wajah-wajah ‘pendosa’ ini membuatkan dia tidak mampu menahan sebak.
“Iftar,solat Maghrib & Isyak berjemaah,terawih,tazkirah & bermoreh bersama BANDUAN AKHIR anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) diketuai Sahibus Samahah DS Mufti @drzulkifli.albakri & Penjara Sungai Buloh.
“Yup yang berbaju putih & berlengan merah itulah sahabat2 BANDUAN AKHIR kita yg menunggu masa utk dijatuhi hukum.
“Mohon Allah s.w.t ampuni saya kerana berpandangan & berperasaan skeptikel yg bercampur baur sebelum bertemu sahabat2 kita ni.Saya tahu saya tak kuat.Bila bersalam pun mata ni menahan genang.Kuasa Allah s.w.t,wajah2 mereka sangat tenang,senyuman yang tak pernah lekang & kebanyakannya berbekalkan tasbih & tafsir Al-Quran ditangan.
“Sahabat2 kita ni mmg dah ‘sangat bersedia’ utk menuju ke pengakhiran.Taqwa & iman seiring dalam persahabatan antara mereka.
Rata-rata banduan akhir sudah berada di dalam penjara lebih daripada 10 tahun dan ini membuatkan hubungan antara mereka dan warden cukup akrab. Antara pesanan akhir yang diberi kepada pelakon Gerak Khas ini adalah hargai kebebasan dan sayangi orang sekeliling sementara masih ada.
“Kebanyakan sahabat2 kita ni dah lebih dari 10 tahun menghuni di sini.Yang lebih dari 20 tahun mmg tak kenal saya.sahabat2 sekeliling yg memakai seragam putih merah adalah akrab mereka.Pegawai & warden2 penjara semua mereka anggap sebagai abang dan bapa mereka.Banyak kebaikan pegawai dan warden yg diceritakan
“Sepanjang 4 jam bertemuan,saya banyak berdiam mendoakan segala yg terbaik buat mereka.Mereka yg lebih banyak berkongsi kisah & cerita sambil pegang tangan & muka saya.Yg paling tersemat dalam kepala nasihat dari mereka kpd saya adalah utk sentiasa menghargai makna KEBEBASAN & SAYANGI orang2 sekeliling selagi masih ada.”
Malah, apabila diajukan soalan mengenai kebebasan, rata-rata lebih tenang duduk terasing di dalam penjara.
“Soalan yg tak sepatut saya tanya,tapi saya mohon ampun maaf dahulu bila bertanya adalah;kalau dapat peluang utk BEBAS diluar sana,apa perkara pertama yg akan dilakukan.Jawapan mengejut yg diberikan,mereka cakap mereka lebih bahagia disini sbb diluar sana terlalu banyak ancaman katanya.Saya terkedu tak tahu nak cakap apa.Konklusi saya,disinilah istana & syurga mereka
“Ya Allah Yang Maha Besar KuasaMu…Kau peliharalah & ampunilah sahabat2ku ini sehingga sampai masa yang telah ditetapkan untuk mereka semua & kami juga untuk kembali kepadaMu…timballah segala kebaikan kami walau sekelumit & gugurkanlah dosa2 kami bersempena Ramadhan yang mulia ini kerana sesungguhnya kami semua adalah hamba2Mu yang amat lemah tanpa petunjuk & hidayahMu Ya Allah.”
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Hidayah Allah SWT datang dalam pelbagai keadaan yang tidak pernah terduga. Semoga beroleh Khusnul Khatimah.
Foto : Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI