Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly ada menitipkan kata pesanan dan nasihat kepada pelakon Ayda Jebat yang sudah bergelar isteri pada Jumaat lalu.
Di samping berkongsi foto ketika menghadiri majlis pernikahan Ayda yang berlangsung di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Sheila berpesan agar pasangan ini mengamalkan sikap toleransi dalam rumah tangga di ruangan kapsyen entri tersebut.
“1.1.2021 Ingat pesan mama. Kelebihan tidak akan melebihi kekurangan. Bukan semua yg adik cakap adik buat adik rasa betul.
“Bukan semua yg Nabil buat Nabil cakap adik rasa salah. Mama sayang adik tau!
Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan menafikan adiknya yang juga pelakon di sana, Aliff Alli, 29, berada dalam keadaan kritikal akibat Covid-19 sejak Disember, tahun lalu.
Miller menjelaskan, adiknya sudah disahkan negatif wabak itu dan dibenar keluar hospital sejak beberapa hari lalu.
“Dia sudah okay dan bebas dari Covid-19. Sekarang dia ada di rumah. Berita yang keluar itu lambat sebab saya memang simpan daripada pengetahuan media.
“Apa pun, dia stabil dan negatif. Dia dibenarkan keluar sejak 6 Januari lalu. Dia juga dalam proses pemulihan di rumah,” katanya yang tidak tahu punca dan bagaimana adiknya boleh dijangkiti.
Terdahulu, media seberang melaporkan Aliff menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Wisma Atlet, hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.
Peguamnya, Asgar Sjarfi dalam satu kenyataan berkata, keadaan anak guamnya itu tidak menunjukkan perubahan sejak dirawat Disember lalu.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Artis versatil, Didie Alias ada berkongsi cerita tentang anak keduanya, Nur Dinie yang kini selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya pada Sabtu lalu.
Lalu, Didie meluahkan rasa syukur kerana majlis yang dijalankan serba ringkas berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, Didie mengakui sebagai seorang ibu bukan satu perkara yang mudah untuk melepaskan tanggungjawab terhadap anak perempuannya.
“Alhamdullillah syukur selesai sudah Majlis Pernikahan & Resepsi Anak Perempuan mumy yg ke2… @dinierdzn
“2.1.2021 tarikh bersejarah buat mumy melepaskan tanggungjawab & amanah Allah selama 24thn menjaga,membesarkan & mendidik dinie selama nie mumy serahkan tanggungjawab mumy kepada menantu baru mumy @haniflutfi
“Jagalah puteri mumy sebaiknye ye..mcmane mumy menjaga die selama nie.Berat rasenye hati seorang ibu melepaskan..Semuanya sudah tertulis.Mumy doakan semuga anak mumy berkekalan hingga ke jannah,menjadi isteri yg solehah buat suami.
“Mumy hanya dapat melakasanakan majlis yg kecil dgn keadaan pendamik yg semakjn teruk.Mumy harap korang happy dgn ape yg mumy sediakan buat majlis yg tak seberapa utk dinie & hanif. Fuhhh sebak rasa bile jari nie menaip.
“Kepada yg tidak mendapat jemputan mumy mohon maaf & kpd yg menghadiri majlis mlm td,ape yg kurang dr pihak mumy,mumy mohon ampun dan maaf.
“Mumy mampu merancang hanya Allah penentu segalanya.Terima kasih tak terhingga buat suami mumy @ishamismaildd &
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).