Pelakon Ako Mustapha berkongsi berita duka apabila memaklumkan ibu mentuanya, Hajah Santanina telah pergi mengadap Illahi di Hospital Kuala Lumpur akibat COVID-19, petang Khamis.
Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 48, berkongsi berita pemergian itu menerusi laman sosial, Facebook (FB) miliknya.
“Assalamualaikum semua. Dukacitanya dimaklumkan bahawa mak mentua saya, Hajah Santanina kembali ke rahmatullah, hari ini di HKL disebabkan virus COVID-19, ” tulis pelakon Bukan Gadis Biasa ini.
Ako sebelum ini pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mentuanya yang berada dalam keadaan kurang baik hingga dimasukkan ke hospital pada April, tahun lalu.
Ako mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penulis lagu, Fedtri Yahya mengakui berasa amat sedih melihat nasib yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai telah didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya sehingga menyebab mangsa meninggal dunia.
Menurut Fedtri, tidak semua ibu bapa dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik malah, ada juga diantara mereka yang sanggup bertindak kejam.
“Tidak semua ibu adalah ibu, tidak semua bapa adalah bapa. Dalam hidup ini, kasih sayang tak boleh dipaksa. Namun bukan alasan untuk bertindak kejam,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Malaysia Hari Ini itu memerusi sebuah entri yang dimuat naik pada Sabtu.
Dalam pada itu, Fedtri turut berharap agar sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan terkutuk itu akan mendapat hukuman yang setimpal.
“Pada jasad yang kaku, ada hati yang pilu. Pada jasad yang terseksa, ada hisab yang menghitung dosa. Al Fatihah buat anak syurga, Amir,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan marah selain turut mendoakan semoga anak kecil tersebut ditempatkan bersama orang beriman.
Dalam kejadian yang berlaku pada petang Jumaat, kanak-kanak malang tersebut didakwa lemas di dalam tong air rumahnya nemun siasatan awal pihak polis mendapati terdapat kesan kecederaan fizikal pada badan mangsa.
Terdahulu, pasangan suami isteri tersebut telah direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Sumber: Instagram Fedtri Yahy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Artis versatil, Didie Alias ada berkongsi cerita tentang anak keduanya, Nur Dinie yang kini selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya pada Sabtu lalu.
Lalu, Didie meluahkan rasa syukur kerana majlis yang dijalankan serba ringkas berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, Didie mengakui sebagai seorang ibu bukan satu perkara yang mudah untuk melepaskan tanggungjawab terhadap anak perempuannya.
“Alhamdullillah syukur selesai sudah Majlis Pernikahan & Resepsi Anak Perempuan mumy yg ke2… @dinierdzn
“2.1.2021 tarikh bersejarah buat mumy melepaskan tanggungjawab & amanah Allah selama 24thn menjaga,membesarkan & mendidik dinie selama nie mumy serahkan tanggungjawab mumy kepada menantu baru mumy @haniflutfi
“Jagalah puteri mumy sebaiknye ye..mcmane mumy menjaga die selama nie.Berat rasenye hati seorang ibu melepaskan..Semuanya sudah tertulis.Mumy doakan semuga anak mumy berkekalan hingga ke jannah,menjadi isteri yg solehah buat suami.
“Mumy hanya dapat melakasanakan majlis yg kecil dgn keadaan pendamik yg semakjn teruk.Mumy harap korang happy dgn ape yg mumy sediakan buat majlis yg tak seberapa utk dinie & hanif. Fuhhh sebak rasa bile jari nie menaip.
“Kepada yg tidak mendapat jemputan mumy mohon maaf & kpd yg menghadiri majlis mlm td,ape yg kurang dr pihak mumy,mumy mohon ampun dan maaf.
“Mumy mampu merancang hanya Allah penentu segalanya.Terima kasih tak terhingga buat suami mumy @ishamismaildd &
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).