Sejak melahirkan cahaya mata sulung, tidak dinafikan ramai peminat yang menanti pasangan selebriti, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza mendedahkan wajah bayi lelakinya itu.

Zahirah yang selamat bersalin pada 5 Januari sebelum ini ada berkongsi foto permata hatinya yang kelihatan ketawa hingga mendapat perhatian dari kalangan para peminatnya.

Bagaimanapun, wajah penuh bayi tersebut masih belum dikongsikan. Cuma baru-baru ini, Zahirah dan Aiman ada memuat naik foto keluarga kecil mereka sambil memangku anak yang kini mencecah usia hampir tiga minggu itu menerusi Instgaram sehingga mengundang perhatian ramai.

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami, Zahirah turut menitipkan dedikasi ringkas pada ruangan kapsyen.

“Cuddle sandwich. Happy Birthday Daddy. We love you!,” tulisnya dengan meletakkan emoji ‘love’.

Posting yang sudah pun mendapat lebih 200,000 tanda suka itu turut menerima pelbagai komen dari netizen yang turut sama mengucapkan selamat ulang tahun buat Aiman selain tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga kecil ini.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu, Aiman dan Zahirah berangkat ke Australia selepas mereka membuat keputusan mahu menyambut kelahiran cahaya mata mereka di sana.

Ditambah, ibu dan adik-beradik Zahirah yang lain menetap di sana dan dia mahu menjalani tempoh berpantang dengan dijaga ahli keluarganya.

Pasangan ini yang dipertemukan ketika membintangi drama Curi Curi Cinta pada 2019, kemudiannya mengikat tali pertunangan dan bernikah pada 20 Februari tahun lalu di Petaling Jaya.

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI