Meski baru beberapa tahun terjun dalam industri muzik tempatan secara serius, tidak dinafikan nama Shalma Eliana pantas mencuri perhatian dengan imej menarik serta gaya muziknya yang luar biasa.

Mempertaruhkan bunyi yang lebih segar buat pencinta muzik lokal, bintang ini kini kembali dengan sebuah lagi karya berjudul Your Loss, sekaligus menjenamakan semula nama pentasnya sebagai Yana.

Berkongsi lanjut mengenai Your Loss, Yana akui bait lirik yang ditulis bersifat jujur dari dirinya.

“Saya anggap Your Loss sebagai permulaan kerjaya saya. Permulaan yang baharu kerana lagu ini ditulis sepenuhnya oleh saya sendiri secara 100 peratus.

“Saya tidak pernah yakin untuk berkongsi karya nukilan sendiri dengan pihak umum sebelum ini.

“Lagipun, lagu ini ditulis di tempat yang paling murni dan tulen iaitu di rumah saya sendiri. Dan di rumah semua orang memanggil saya Yana. Oleh kerana itu Yana ialah diri saya yang sejati. Sebab itu saya memilih nama tersebut,” jelasnya.

IKLAN

Shalma Eliana Kini ‘Yana’, Dedah Kisah Sebalik ‘Your Loss’ – “Beberapa Bait Lirik Yang Saya Tulis Sewaktu Pergi Kerkhemah.” Shalma Eliana Kini ‘Yana’, Dedah Kisah Sebalik ‘Your Loss’ – “Beberapa Bait Lirik Yang Saya Tulis Sewaktu Pergi Kerkhemah.” Shalma Eliana Kini ‘Yana’, Dedah Kisah Sebalik ‘Your Loss’ – “Beberapa Bait Lirik Yang Saya Tulis Sewaktu Pergi Kerkhemah.” Shalma Eliana Kini ‘Yana’, Dedah Kisah Sebalik ‘Your Loss’ – “Beberapa Bait Lirik Yang Saya Tulis Sewaktu Pergi Kerkhemah.”

Lagu ini juga sarat dengan mainan emosi yang mengingatkan semua pendengar bahawa pengkhianatan tidak seharusnya menjadi punca kegagalan seseorang dan kita tidak harus merasa rugi jika ada yang gagal menghargai diri kita.

“Alhamdulillah, proses menulis lagu ini berjalan dengan lancar. Saya masih ingat saat saya pulang ke rumah dengan pelbagai emosi dan terus menulis lagu ini, kemudian menyanyikannya dengan serta-merta.

IKLAN

“Ada beberapa bait lirik yang saya tulis sewaktu pergi berkhemah. Ia lagu yang tak dijangka. Terjadi begitu sahaja,” katanya.

Lagu ini juga bakal menampilkan sebuah klip video yang akan diumumkan tidak lama lagi. Proses rakamannya berjalan dengan sangat lancar.

“Proses rakaman video mengambil masa sehari untuk selesai. Kami bermula pada jam 7 pagi dan selesai jam 12 tengah malam. Ia ada semua yang kami rancangkan dan saya rasa ia sangat luarbiasa diberi peluang meluahkan perasaan melalui lagu ini,” jelasnya lagi.

IKLAN

“Saya sangat berharap para pendengar akan menyukai lagu ini dan mampu memahaminya seperti mana saya mengertikannya. Ia dihasilkan dengan tulus dan merupakan lagu paling murni pernah saya hasilkan.

“Ia juga karya nukilan sendiri pertama yang saya berani kongsikan. Saya harap tiada lagi yang keseorangan selepas mendengar lagu ini,” akhiri Yana.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI