Ads

“Syukur Atas Nikmat Tak Ternilai Ini,” – Ikmal Amry Kini Bergelar Bapa, Foto Pangku Bayi Sulung Raih Perhatian

Tahniah diucapkan buat pelakon Ikmal Amry yang kini sudah bergelar bapa apabila isterinya, Najla Shamsul selamat bersalin anak pertama mereka.

Berita gembira itu dimaklumkan pelakon Gantung The Series itu menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

“Assalamualaikum syg daddy! Alhamdulillah syukur atas nikmat tak ternilai ini. Terima kasih semua yang mendoakan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Ads

Malah foto yang merakam Ikmal sedang memangku anak sulungnya itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.

Bagaimanapun, perincian mengenai kelahiran permata hati mereka tidak pula diperincikan Ikmal.

Ads

Terdahulu media melaporkan bekas finalis Hero Remaja 2017 itu meluahkan perasaan gembira dan terujanya apabila isteri dijangka bakal bersalin pada 25 Disember lalu.

Sehingga kini, entri berkenaan sudah pun menerima lebih 20,000 tanda suka.

Ads

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instgaram Ikmal Amry

YouTube video player

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Paris Oldies Cafe, Port Lepak Santai Buat Peminat Suasana Old-School

Kalau anda jenis yang suka mencari tempat makan dengan suasana yang unik, ada identiti tersendiri dan tidak terlalu moden, Paris Oldies Cafe di Ulu Tiram, Johor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Kafe ini bukan sekadar tempat untuk menikmati makanan dan minuman, tetapi turut menawarkan pengalaman santai dengan konsep nostalgia yang membawa pengunjung seolah-olah kembali ke zaman dahulu.