Usahawan kosmetik, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengesahkan dirinya sedang hamil anak keenam dan usia kandungannya kini hampir memasuki trimester kedua.
Shahida ketika dihubungi berkata, dia mengalami alahan yang agak teruk pada awal kehamilan dan mudah rasa penat hingga jarang berkongsi perkembangan semasa di media sosial.
“Ya saya sekarang sedang hamil anak keenam, baru tiga ke empat bulan begitulah. Jujurnya saya kali ini tidaklah terlalu gembar-gemburkan mengenai kehamilan ini.
“Iyalah, ini kali yang keenam dan bukannya saya baru hamil anak sulung. Jadi saya jalani kehidupan macam biasa sahaja.
“Pada awal kehamilan, saya alami alahan teruk juga, cepat rasa penat, malas dan sebagainya.
“Sebab itulah kalau ada yang perasan saya sekarang jarang ‘update’ perkembangan terkini di media sosial. Yang dimuat naik pun foto atau video lama,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai video tular baru-baru ini hingga ada netizen yang membuat spekluasi dirinya sedang hamil, Shahida akui terkejut.
“Cuma itulah bila hal tersebut jadi viral, saya pun rasa pelik. Kita bukan baru hamil, anak pun dah lima orang.
Ads
“Apa pun saya ucapkan terima kasih atas doa baik-baik yang dititipkan semua. Doakan agar urusan seterusnya dipermudahkan. Memang merancang kami nak enam orang anak.
“Soal jantina saya serahkan padaNya. Kami tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan, cuma yang penting mendaoakan agar bayi yang dikandung berada di dalam keadaan yang baik,” katanya lagi.
Pasangan tersebut berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah selain turut menjaga seorang anak angkat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rozita Che Wan mengakui rasa tidak senang, sekali gus menyelar terhadap sikap segelintir wanita yang suka merampas suami orang lain.
Ujar pelakon Kiah Pekasam ini lagi, dia tidak faham mengapa ada wanita yang sanggup merosakkan kehidupan wanita lain.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta melontarkan pandangan sedemikian selepas ditanya apakah pendiriannya terhadap senario poligami dan wanita yang suka merampas suami orang.
“Dia macam ni, satu je. Orang yang akan hancurkan hidup perempuan ialah perempuan juga. Saya memang tak suka perempuan yang ambil suami orang…sebab takut nanti dia akan ambil suami kita,”katanya kepada MH.
Sambil mengakui anti terhadap wanita perampas suami orang, Che Ta bagaimanapun tidak menolak seratus peratus soal poligami.
“Tak tolak poligami. Tapi senang cakap macam ni lah, kalau kita kahwin dengan lelaki bujang, kita tak boleh halang dia untuk berkahwin lain. Tetapi, kita boleh halang diri kirta untuk berkahwin dengan laki orang.
“Saya tak halang poligamilah, tetapi kalau kita tahu lelaki itu ada bini, elakkan,”kongsinya lagi.
Ditanya sama ada dia takut andai suaminya, pelakon Zain Saidin dirampas wanita lain, bintang berusia 45 tahun ini memberi reaksi;
“Reda ajelah… sebelum i koyakkan mulut dia kan!,” seloroh Che Ta sambil ketawa.
Pada masa sama, dia turut menasihati wanita yang pernah berhadap dengan situasi tersebut untuk move on dan jangan dikenang perkara lalu.
“Kena teruskan hidup kerana Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik selepas itu,” kata Che Ta ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai Duta Projek Perumahan Tunas Homes & Tunas Boulevard di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kebelakangan ini, perkongsian foto dari pelakon asal Brunei, Nina Iskandar menerusi platform media sosial miliknya menjadi perhatian peminat.
Kerap dilihat berkongsi gambar sambil mengenakan tudung, para peminat mulai memberikan reaksi terhadap penampilan pemilik nama lengkap Nur Akmalina Iskandar ini.
Ketika diminta memberikan reaksinya mengenai perkara tersebut, Nina memilih untuk tidak mengulas lanjut.
“Saya tidak berani nak komen apa-apa pasal itu. Saya cuma harap orang ramai sentiasa mendoakan yang baik untuk diri saya,” katanya kepada MH.
Difahamkan pelakon berusia 29 tahun ini masih lagi berada di Brunei dan merancang untuk kembali ke Malaysia selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
“InsyaAllah saya akan balik Malaysia selepas hari raya nanti dan saya akan mula kembali ke dunia lakonan selepas ini,” katanya lagi.
Untuk rekod, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April 2019 dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos 2019 di Forest Valley, Cheras.
Selepas itu, Nina selamat melahirkan anak pertamanya pada 23 Disember dah diberi nama Muhammad Aaryan ar-Rizqin.
Foto: Instagram Nina Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan ushawan, Puteri Sarah Liyana ki bertambah bahagia dengan kehadiran anak keduanya, pada 16 Mac yang lalu.
Puteri comel yang diberi nama sebagai Sumayyah Mohd Shamsul itu turut menjadi penyeri buat dirinya bersama suami, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ini.
Pada masa sama, adik perempuan kepada Syaikhul Islam Mohd Shamsul kini sudah pun mencecah usia lebih 3 bulan dan tidak dinafikan, raut wajahnya dikatakan lebih punya iras si bapa berbanding ibu.
Bagaimanapun, hujung bulan lalu, Sarah ada berkongsi foto yang membandingkan Sumayyah dan dirinya ketika masih kecil dan hakikatnya, keduanya memang nampak seiras!
Jadi apabila tatap gambar bayi comel ini, agaknya wajah Sumayyah lebih kepada ibu atau bapanya?
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 2, dan Sumaiyyah, 3 bulan.
Foto: Instgaram Puteri Sarah Liayana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.