Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee telah hadir ke balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat satu laporan berhubung satu kes pecah amanah yang berlaku terhadap dirinya.

Menurut Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile, dia mendakwa telah mengalami kerugian wang ringgit hampir RM70,000 selepas rakan baiknya didakwa tidak bersikap jujur.

“Setakat Ini Yang Saya Tahu, Saya Dah Hilang Duit Sebanyak Hampir RM70,000 Dan…,” – Andi Bernadee Buat Laporan Polis “Setakat Ini Yang Saya Tahu, Saya Dah Hilang Duit Sebanyak Hampir RM70,000 Dan…,” – Andi Bernadee Buat Laporan Polis

Selain itu, penyanyi yang sinonim dengan Satu Peluang ini turut mendakwa individu terbabit juga telah mencemarkan imejnya sebagai seorang pelakon dengan membuat fitnah mengenai dirinya dengan syarikat produksi.

“Hari ini saya telah membuat satu laporan polis terhadap satu kes pecah amanah oleh seorang yang saya percaya dan orang itu saya bawa dia masuk ke dalam industri. Sejujurnya, saya memang tak sangka apa yang di buat ni sebab dia dah pecah periuk nasi saya,

IKLAN

“Dia dah malukan dan fitnah saya macam-macam dekat syarikat produksi serta kawan-kawan saya. Bukan itu sahaja, dia juga dah songlap duit saya.

“Setakat ini yang saya tahu saya dah hilang duit saya sebanyak hampir RM70,000 dan duit yang saya berkerja sepanjang tahun ini saya belum dapat lagi duit tu dan ada beberapa kerja lain yang saya buat. Semua duit tu dia kaut.

IKLAN

“Insiden ini berlaku kerana dia telah memanipulasi semua perbualan ‘Whatsapp’ bersama semua ‘client’ saya dan ‘client’ saya telah memasukkan semua duit itu ke akaun peribadi dia,” katanya.

Dalam pada itu, Andi berkata dia mulai sedar mengenai perkara ini selepas masih belum menerima kesemua wang hasil perkerjaannya dari tempoh awal tahun sehingga kini.

IKLAN

“Saya dapat tahu perkara ini selepas saya rasa semua perkerjaan yang saya buat dari awal tahun tak masuk ke dalam akaun saya. Dia bagi pelbagai alasan pada saya, kata resit hilang, client tak bagi lagi walhal client dah bayar.

“Sebenarnya, dia adalah rakan baik saya merangkap kepada pembantu peribadi tapi saya kami tiada hitam putih mengenai hal itu. Jadi saya tegaskan disini dengan kenyataan saya dia adalah rakan baik yang menguruskan karier saya,” katanya lagi.

“Setakat Ini Yang Saya Tahu, Saya Dah Hilang Duit Sebanyak Hampir RM70,000 Dan…,” – Andi Bernadee Buat Laporan Polis “Setakat Ini Yang Saya Tahu, Saya Dah Hilang Duit Sebanyak Hampir RM70,000 Dan…,” – Andi Bernadee Buat Laporan Polis

Foto: Instagram Andi Bernadee

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI