Pelakon, Memey Suhaiza membuat kejutan istimewa buat suaminya dengan menyediakan sebuah ruangan khas yang dilengkapi dengan peralatan gymnasium di dalam rumahnya.

Menurut Memey, kejutan tersebut dibuat sebagai tanda sokongan terhadap hobi suaminya yang juga merupakan pelakon, Norman Hakim.

“Perkahwinan Bukan Halangan Stop Hobi Partner,” – Sokong Minat Norman Hakim, Memey Suhaiza ‘Set Up’ Gim Mini Di Rumah

Katanya lagi, sebagai isteri, dia tidak akan sesekali menyekat apa yang membuatkan suaminya berasa bahagia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

“Bila berpasangan, kita support apa yang dia suka. Perkahwinan bukan halangan untuk stop apa hobi / kesukaan partner kan? Biar dia rasa selesa dan seronok takde halangan.

“Untuk papa @normanhakim_786, hobi dia memang fitness sesajer. Sehari dua tak exercise dia akan gigil. Mulalah nak demam haha. Dapat exercise walau 30 min je pun hilang lah semua rasa penat tapi dia selalu berjam-jam pun sanggup. Itu jiwa dia.

“Kalau mummy, sehari excercise, mummy yang gigil demam. Kita orang terbalik. Perwatakan berbeza tapi kita support each other,” tulisnya.

IKLAN

“Perkahwinan Bukan Halangan Stop Hobi Partner,” – Sokong Minat Norman Hakim, Memey Suhaiza ‘Set Up’ Gim Mini Di Rumah

Kisah tersebut dikongsikan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuh hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, tidak salah untuk seseorang itu mempunyai hobi asalkan mereka mengetahui mengenai tanggungjawab mereka sendiri.

“Meraikan minat masing-masing dengan cara tersendiri supaya partner kita rasa selesa / happy selalu dan rasa kita bukan halangan untuk dia.

IKLAN

“Rasa tersekat dengan segala hobi yang dia suka tapi dengan syarat masing-masing tau tanggungjawab masing-masing sudah,” ujarnya lagi.

“Perkahwinan Bukan Halangan Stop Hobi Partner,” – Sokong Minat Norman Hakim, Memey Suhaiza ‘Set Up’ Gim Mini Di Rumah

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh Memey selain turut mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.

“Bahagianya Kak Memey. Semoga Allah sentiasa merahmati puan sekeluarga.

IKLAN

“100% setuju dengan pandangan Kak Memey.

“Alahai bestnya dekat rumah ada small gym.

“Alhamdulillah, semoga berbahagia selalu Norman dan Memey,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Perkahwinan Bukan Halangan Stop Hobi Partner,” – Sokong Minat Norman Hakim, Memey Suhaiza ‘Set Up’ Gim Mini Di Rumah

Terdahulu, Memey telah pun mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim pada 24 September 2011.

Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8, Muhammad Dikhriz Hakim, 6 dan Mikayla Delisha Hakim, 3.

Sumber: Instagram Memey Suhaiza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI