Salain menyambut malam Nisfu Sya’ban, genap jugalah usia pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu yang ke 35 tahun semalam.
Jep menerusi entri terkini di laman Instagram mengambil kesempatan tersebut untuk meluahkan rasa syukur selain turut memohon maaf kepada semua pihak yang pernah tersakiti atas khilafnya.
“Malam ni malam Nisfu Sya’ban. Malam ini juga malam ulang tahun kelahiran saya.
Ads
“Saya mohon ampun dan maaf sekiranya saya pernah menyakiti kamu semua dari segi perbuatan mahu pun tutur kata,” katanya.
Menurut Jep lagi, dia juga tidak pernah mengambil hati dengan insan-insan yang pernah menyakitinya sebelum ini selain turut mendoakan ganjaran syurga buat semua.
Ads
“Sesiapa yang pernah menyakiti saya, kamu tiada dosa dgn saya. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita semua.
“Jika Allah izinkan, harap kita semua bertemu di syurga kelak. Salam Kasih Sayang 9.4.85,” tulisnya lagi.
Ads
Posting tersebut telah pun meraih hampir 200,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen daripada peminat dan rakan artis yang menitipkan ucapan selamat hari lahir.
Tidak dinafikan, aplikasi Tik Tok kini kian menjadi pilihan ramai tidak kira generasi dalam konteks ia sebagai hanya sekadar hiburan di media sosial.
Bagaimanapun, setiap individu mempunyai pandangan masing-masing, seperti pelakon Fiza Abdul Halim yang berpendirian aplikasi seolah-olah mampu memberi tanggapan berbeza khasnya bagi yang sudah bergelar ibu.
Malah kongsinya lagi, situasi sekarang berbeza dengan golongan ibu suatu ketika dahulu.
“Bertik tok tik tok apa lah hai,dah tua,dah beranak pinak bagai…Org dulu2 mana ada mcm zaman skrg ni?
“Zaman tok nenek kita,zaman mak kita dulu2, semua nya pemalu. Zaman kita skrg, mak2 dah jd tak tahu malu. Apalah nak jd dgn dunia skg? Patutlah dunia mcm2 virus kluar,” tulisnya menerusi satu pautan video perkonhsian Aisyah Hijanah yang dikongsikan kembali.
“[TIK TOK HARAM]. Kalau kita tengok Tik Tok dekat Malaysia banyak content yg menari. Tapi sebenarnya Tik Tok ni byk je org share benda elok, cthnya memasak, bisnes, make up tutorial
“Depends, tgk kpd content apa yg kit share dekat org. Setiap content kita ni akan dipersoalkan, jadi sgt bahaya. Kita kena jaga-jaga. Kalau kita post content yg haram, maka kita pun tahu apa hukumnya. Tapi kalau kita post content yg baik, pahala maka In Shaa Allah itulah saham di Akhirat nanti.
“Kita selalu minta dgn Allah nk keluarga yg baik, tapi apa amalan kita? Anak-anak kita akan ikut cara kita. Jgn kita rosakkan generasi kita.
“Pendek kata, jagalah maruah kita sebagai seorg wanita,seorg ibu & seorg isteri ya. Adalah perasaan malu tu sikit,” tulis Fiza pula.
Penyanyi dan hos senior, Shamsul Ghau Ghau ada mengimbau kenangan ketika saat menjadi juara rancangan hiburan, Sinaran Passport Kegemilangan, pada tahun 1994 lalu.
Sedari itulah, perjalanan seninya bermula dan kini, usia penglibatannya dalam dunia hiburan mencecah kira-kira 26 tahun lamanya.
“Sinaran Pasport Kegemilangan Program ini yang Menjadi Fenomena Baru pada Tahun 1994.
“Pak Su menjadi Juara Pertandingan ini.
Tahun ini genap 26 tahun Pak Su dalam Dunia Hiburan,” tulisnya merakam kenangan.
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...