Untuk rekod, Lara telah dilahirkan pada 22 Julai 2014 di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, lebih dua tahun selepas ibu bapanya mendirikan rumah tangga.
Video: Instagram Lara Alana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Isa Khan meluahkan kesyukuran apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan mengajar dia erti bersyukur dan memandang lebih jauh erti kehidupan.
Jelasnya, sebelum ini dia hanya memikirkan soal menambah pendapatan sehingga alpa mengejar saham akhirat.
Luah Isa lagi, dia sedar akan kehidupan selepas kematian, namun apabila tidak terlihat oleh mata kasar, semuanya ditinggalkan dengan mudah.
“Assalamualaikum. Just nak share dengan korang apa yang aku rasa sepanjang tempoh PKP ni. PKP ni sebenarnya banyak mengajar aku untuk lebih bersyukur dan memandang lebih jauh dalam hidup ni. Sebelum ni, hari” fikir nak cari duit je. Celik je mata pagi” dah fikir duit duit duit.
“Sampai aku tak sedar yang sekarang ni dah akhir zaman di mana semua orang mengejar dunia lebih dari akhirat. Kadang” masa solat pun kepala otak duk fikir pasal kerja lah itu lah ini lah. Macam” sangat yang bermain dekat kepala sampai lupa perasaan rindu kita dengan DIA, sayangnya kita dengan DIA.
“Banyak kali terlintas kat kepala perasaan nak dekatkan diri dengan DIA, tinggalkan urusan dunia kejap dan spend time dengan DIA. Tapi ada je kerja yang kene buat, lepastu asyik menangguh sampai ke sudah. Itulah sifat manusia yang dah sibuk sangat dengan dunia dan kejar sangat kemenangan kat dunia yang sementara ni sedangkan kemenangan kat akhirat tu yang abadi.
“Kita semua tahu benda tu tapi manusia ni mudah percaya dengan benda yang dia nampak depan mata macam kemewahan dunia, seronoknya dunia ni, tu yang manusia dok kejar dunia.
“Bukan kita tak tahu pasal akhirat, tahu. Cuma kita tak nampak, tu yang tak nak dok kejar tu,” tulisnya.
Isa pada masa sama juga menyifatkan, masa semakin suntuk dan gunakanlah peluang yang ada untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
“Harini setiap hari kita tengok beribu ribu orang mati di seluruh dunia, mati katak macam tu je. Masih lagi nak kejar dunia yang sementara ni ke? Bodoh lah kalau kita masih berbuat demikian.
“Dah jelas lagi bersuluh yang dunia ni dah tua, dah tak larat nak tampung manusia” yang penuh dengan dosa ni. Banyak dah tanda” besar yang DIA tunjuk kat kita, tolong lah kita sama” buka mata dan buka pintu hati kita, ubah mindset dan beringat ingat lah.
“Bersyukur lah dengan apa yang kita ada harini, tak salah kalau nak berusaha untuk lebih maju tapi hidup ni kene balance. Sebab kehidupan yang paling sempurna adalah kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat.
“Aku sekadar sharing dengan korang. Semoga kita sama” di jauhkan dari malapetaka atau wabah penyakit yang berbahaya, supaya kita sempat bertaubat sebelum nyawa kita di angkat.
“Start now guys, masa dah suntuk. Jom kita sama” dekatkan diri dengan DIA, beramal antara manusia, bersedekah dan selalu bersyukur tu yang paling penting. Salam,” kongsinya panjang lebar.
Perkongsian video pendek yang dikongsikan usahawan, Neelofa nyata mencuri perhatian ramai.
Siap bersolek, mengenakan baju sedondon lengkap dengan aksesori tas tangan sambil mengenakan kasut mewah, penataan gaya figura ini meski hanya untuk buang sampah nyata buat ramai terhibur.
Hakikatnya, apa yang ingin dikongsikan Neelofa ialah promosi koleksi Naelofar dan Naelofaraya 2020, yang dilancarkan hari ini.
“Taking out the trash these days made fabulous with a new collection dropping tomorrow, 17th April! @naelofar#naelofaraya2020 #quarantinelife,” tulis Neelofa pada ruangan kapsyen pada video yang dimuat naik.
Menyambut ulang tahun kelahiran tahun ini, Kamal Adli ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), Kamal juga dilihat ada meraikan hari jadi sendiri menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram.
Apapun, satu yang menarik, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli turut menerima kejutan istimewa daripada rakan pelakon, Uqasha Senrose.
Genap 34 tahun hari ini, pemenang Hero Remaja 2008 ini menerima sebiji kek istimewa dan telah menitipkan ucapan terima kasih kepada Uqasha atas ingatan.
“Thank you so soo muchhh for this cake, terkejut tengah baring kek sampai! haihh nk cakap jgk sebab too special for me n i really2 happy yg @uqashasenrose2 yg send this cake.
“Thank you soo much, duduk rumah baik2 taw awk, tq tqq again,” tulisnya.