Satu posting terkini dari maestro muzik, Datuk Ramli MS nyata mengundang perhatian peminat.
Menerusi Instagram, suami kepada penyanyi, Datin Alyah itu memuat naik satu video pendek berkenaan stail rambut terkininya.
Jelas Ramli, dia terpaksa potong sendiri rambutnya kepada kedai gunting tutup sebagai penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak dua minggu lalu.
Ads
“Bila kedai mamak gunting rambut pun tutup.buat sndri la..pastu salah potong..aahhhhhh telungkupkan semua la..hahahahaa..sebelah tingi sebelah rendah..kira art la,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Lalu, ramai yang meninggalkan komen, termasuk rakan selebriti menerusi video yang kini sudah pun ditonton lebih 20,000 kali itu.
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada mengimbau momen ketika dia bersama rombongannya melancong ke luar negara, tidak lama dulu.
Tidak sah jika tidak membeli-belah di negara orang, usahawan selebriti ini turut meluahkan pandangan apabila mengenangkan situasi yang berlaku ketika ini.
“Masa ni swep jer duit sampai habis berjuta. Hidup ini ada pasang surutnya. Kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah sbb tu kita kena beringat dan bila kita di atas kita kena ingat untuk menyimpan.
“Kalau di kenang kenangkan balik, apabila tengok video ni terasa macam abang sedikit membazir shopping x fikir apa2.
“Kalau abang tahu nak jadi macam covid ni mesti abang menyimpan. Maklumlah bila dah ada penyakit virus seperti ini semua bisnes terjejas,” tulisnya.
Aliff pada masa sama turut punya idea menjual barangan yang pernah dibeli bagi membantu golongan memerlukan pada saat krisis kini.
“Sekurang-kurangnya duit yang terlebih shopping ni bokeh juga abang salurkan bantuan kepada orang yg sedang kesusahan skrg ni.
“Jujurnya abang dah membantu. Tetapi abang rasa tidak puas sebab abang rasa seperti nak jual je barang barang yang abang beli ketika abang bercuti ni utk bantu org susah, patut ke abg jual?? utk bantu org bebtul susah,” tanya bapa kepada lima cahaya mata ini menerusi entri IG TV yang dimuat naik.
Terdahulu, Aliff menerusi media sosial ada berkongsi rakaman video sewaktu pihaknya membuat agihan derma kepada petugas hadapan baru-baru ini.
Foto: IG TV Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali bintang jelita, Nora Danish yang sering menjadi perhatian peminat industri hiburan tanah air.
Baru-baru ini, Nora ada berkongsi cerita mengenai aplikasi ‘Tik Tok’ yang kini semakin menjadi sensasi di alam maya.
Sebelum ini, bintang drama bersiri Puteri ini memaklumkan dirinya tidak berapa gemar mengunakan aplikasi tersebut berbanding sekarang.
Malah, bintang yang sinonim menerusi drama Puteri ini turut meminta ramai untuk tidak bergaduh mengenai Tik Tok kerana ia hanyalah suatu bentuk hiburan.
“Apa?????? 28 April!!!! As long as semua nya SELAMAT apa salah nya. Kita mesti menang. Ini kali lah! Ok?
“Jangan gaduh2 pasal tiktok ni, sekadar hiburan pada Yg tak suka tengok tv. Saya pun tak suka tik tok dulu… tapi…. Tapi…..tapi.. tapiiiiiiiiii , why!!! Why!’ Why me!!!!,” tulisnya.
Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun, Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Video: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19 bukan saja menjejaskan hampir keseluruhan sektor pekerjaan dan turut memberi kesan kepada industri hiburan lokal.
Bagaimanapun, sepanjang PKP dilaksanakan, pelbagai aktiviti dilakukan.
Tidak ketinggalan, kebanyakan penyanyi dan selebriti mengambil pendekatan dengan membuat nyanyian secara langsung di Instagram, merakam lagu secara ‘cover version’ dan banyak lagi sebagai cara mendekati peminat secara virtual.
Atas inisiatif itu, syarikat rakaman 17Eleven Music tampil dengan idea segar dengan membawakan Konsert Rumah Kita Syurga Kita pada 8 April, jam 3 petang di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Menariknya, konsert dalam talian pertama yang dianjurkan syarikat rakaman tempatan itu bakal memberikan warna baru dalam industri muzik tempatan terutama hiburan buat peminat.
Konsert tersebut bakal menampilkan penyanyi popular tanah air seperti Khai Bahar dan Dinda Permata selain tiga penyanyi baharu iaitu Farisha Airish, The Mirza dan Kamelia Syermain.
Bagi Khai Bahar, konsert itu mendekatkan lagi dirinya dengan peminat yang tidak pernah putus membuat permintaan untuknya memuat naik nyanyian di Instagram dan YouTube.
“Saya puji usaha yang dibuat pihak 17Eleven Music. Ini bukan saja sesuatu yang baru, tapi menarik untuk kembangkan selepas ini.
“Secara peribadi, saya suka dengan konsep dan pendekatan ini. Apatah lagi sejak PKP ini dilaksanakan penggunaan laman sosial meningkat.
“Macam saya sendiri, boleh dikatakan hampir setiap hari peminat membuat permintaan untuk saya ‘cover’ lagu. Jadi, apabila konsert ini dibuat, ia idea yang menyeronokkan,” katanya.
Pada konsert terbabit, Khai akan menyanyikan lagu Ratuku yang juga edaran 17Eleven Music.
Sementara itu, Dinda Permata yang juga bintang Big Stage musim kedua turut teruja untuk menghiburkan peminat secara dalam talian.
“Apabila konsep ini diperkenalkan dan dipersembahankan secara konsert dari rumah, sudah tentu ia lebih menarik dan santai.
“Tapi, sebagai penyanyi saya harus profesional dan mempersembahkan lagu ini dengan baik. Sebab kita nak menghiburkan mereka.
“Pada konsert ini, saya akan menghiburkan penonton dengan lagu Syarat Bahagia. Lagu ini jarang dinyanyikan secara langsung selepas ia dilancarkan tempoh hari.
“Jadi, ini kesempatan terbaik untuk saya memperkenalkan lagi lagu ini. Tak sabar nak jumpa semua,” katanya.
Konsert berdurasi 30 minit itu turut mempersembahkan beberapa lagu lain antaranya Sakit nyanyian asal Achey yang akan dinyanyikan Farisha Irish, Kisah Cinta Kita nyanyian asal Hafiz Suip dibawakan The Mirza dan Khabar Aku (Kamelia Syermain).
Menariknya, bahagian dua Konsert Rumah Kita Syurga Kita akan menemui penonton pada minggu hadapan.
Klik link ini untuk terus ke ‘Konsert Rumah Kita Syurga Kita’ di bawa khas oleh 17Eleven Music: https://youtu.be/bSfR7I5Ip8U
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!