Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Terlebih dahulu, PM menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan, sukarelawan, perkhidmatan penghantaran makanan yang tidak kenal erti penat lelah dalam membantu dan mengekang penularan wabak Covid-19.

Jelasnya Malaysia ibarat keluarga besar yang saling membantu sesama sendiri tanpa mengira bangsa sambil memetik kata slogan #KitaJagaKita sebanyak dua kali.

Jelasnya menurut unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) jangkitan dapat dikawal pada kadar tujuh peratus berbanding 10 peratus yang dijangka oleh WHO.

IKLAN

PM turut menitipkan kesyukuran apabila semakin ramai pesakit pulih dan andai trend ini berterusan dalam tempoh dua minggu akan datang, Malaysia tetap memerlukan tindakan pencegahan.

Berdasarkan nasihat KKM dan pakar perubatan, kerajaan memutuskan melanjutkan PKP untuk dua minggu lagi iaitu 15 April sehingga 28 April untuk memberi ruang petugas kesihatan memerangi wabak dan elakkan penularan di kalangan rakyat.

IKLAN

Jelasnya, rakyat harus bersedia untuk menjalani PKP dalam tempoh yang lama untuk membolehkan wabak ini pulih. Dia turut meminta rakyat untuk berterawih bersama keluarga dan menerima kenyataan bahawa setiap dari kita harus menyambut bulan mulia itu seadanya.

IKLAN

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyatakan kebimbangan untuk membuka sesi persekolahan lebih awal kerana bimbang akan jangkitan antara pelajara sekolah. Dia turut menjelaskan mempunyai cucu yang masih bersekolah dan berseloroh ‘saya turut punya cucu yang masih bersekolah dan tentulah kita lebih sayangkan cucu’.

Tambahnya, selepas ini rakyat Malaysia harus menjalani kehidupan ‘new normal’ sebagai contoh berjabat tangan, kerap membasuh tangan, memakai topeng muka dan banyak contoh lain.

Tegas Muhyiddin lagi, dia bertanggungjawab terhadap nyawa rakyat Malaysia dan memohon agar semua mematuhi PKP yang dilaksanakan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI