Pelakon Azrel Ismail tidak menafikan dirinya kini berkawan rapat dengan pelakon baru, Sharifah Husna dan dia mula rapat dengan Husna ketika sama-sama terlibat dalam drama Puteri Yang Ditukar.
Malah, bintang berusia 36 tahun itu mengakui selesa berkawan dengan pelakon cantik berusia 27 tahun itu.
“Dalam drama itu, saya menjadi boss dan Husna pula sebagai setiausaha. Jadi, kami banyak juga babak bersama di pejabat.
“Saya selesa dengan Husna kerana dia tak sombong dan suka timba ilmu. Kami banyak berkongsi pandangan mengenai watak dilakonkan,” katanya seperti yang dipetik menerusi Harian Metro.
Malah, dia turut mengakui pernah beberapa kali keluar bersama.
Ads
Mengulas soal ‘friend zone’, pula, Azrel menambah dia tidak berasakan hubungan rapatnya dengan Husna sebagai syok sendiri.
“Kami tahu sejauh mana hubungan rapat dijalin. Kami kini bersahabat baik dan belum ke tahap bercinta.
Ads
“Kalau kena ‘friend zone’ pun saya tak kisah, sebab hubungan kami bermula sebagai sahabat. Cinta tak boleh dipaksa,” katanya lagi yang turut menyerahkan soal jodoh pada Yang Maha Esa.
Ketika ini, fokusnya adalah karier.
Ads
“Saya pun ada keluarga yang perlu ditanggung di kampung selain diri sendiri. Saya juga baru empat tahun membina kerjaya lakonan.
“Jadi, saya kena tumpu pada karier dan giat kumpul aset selagi mampu. Apatah lagi, buat masa ini kena rehat kerja seketika sebab penularan Covid-19,” katanya.
Pada masa sama, Azrel menjelaskan selagi keadaan tidak pulih, dia akan terus duduk di rumah seperti disaran kerajaan yang kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Hanif Zaki, mengambil inisiatif dengan menggunakan hubungan baik dengan tempat kerja untuk membantu mereka yang memerlukan ketika negara berdepan krisis COVID-19.
Difahamkan, suaminya kerjasama dengan Mitsubishi cawangan Ampang untuk meminjamkan kenderaan jenis 4WD Triton bagi kegunaan Ustaz Firdaus Wong mengedarkan sumbangan kepada asnaf dan B40 untuk tujuan berkaitan.
“Bila namanya perniagaan, memang ada untung ada rugi. Tapi jangan lah takut untuk bersedekah dan berjariah dan tak perlu tunggu kaya baru nak buat semua ni.
“Alhamdulillah rezeki ustaz @firdauswong dapat Triton untuk digunakan bagi mengedarkan sumbangan sepanjang tempoh PKP. Terima kasih ustaz kerana membantu mereka yang memerlukan,” tulis peserta Dewi Remaja 2010 ini pada entri tersebut.
Sementara itu, Ustaz Firdaus turut memberikan dedikasi sama dan perkara itu dikongsikan menerusi Instagram rasminya juga.
“Jazakumullahu Khairan kepada @hanif_zaki & @mitsubishi.eam.ampang yang menawarkan sebuah Mitsubishi Triton untuk digunakan oleh kami di MRM bagi mengedarkan sumbangan kepada asnaf & B40 di seluruh negara sehingga tamat tempoh PKP.
“Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala murahkan rezeki Hanif & semoga segala amalan serta sumbangan kita semua diterima oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Mungkin tiba masanya untuk kami pertimbangkan membeli sebuah 4WD untuk tujuan kebajikan sebegini,” tulisnya.
Pada posting sama, Ustaz Wong turut memberikan butiran akaun kepada mereka yang sudi untuk sama-sama mahu meringankan beban mereka yang memerlukan.
“MAYBANK, Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor. 5648 1052 0353,” tulisnya lagi.
Terdahulu, video sama turut dikongsikan Hanif menerusi platform sama.
Pendakwah bebas, Ebit Lew ada berkongsi pengalaman apabila diminta hadir ke Cawangan Khas Bukit Aman kerana didakwa terdapat aduan berkait kes sumbangan yang tular beberapa hari lalu.
Atas nasihat pihak berkuasa, dia diminta untuk ‘berehat’ sebentar daripada terus memberikan perkhidmatan bantuan kepada golongan memerlukan.
Malah dia turut memohon maaf andai tindakannya menyusahkan individu lain.
“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman.
“Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan.
“Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.
“Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal.
“Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka.
“Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis.
“Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner,” kongsinya.
Pelawak senior, Dee ada terkenang saat bagaimana dia dan arwah Moon terpaksa berkurung di dalam kediaman sendiri selama tiga minggu kerana bimbang akan penerimaan masyarakat terhadap penampilan mereka dalam Jangan Ketawa.
Namun, selepas tiga minggu bersembunyi, dia tidak menyangka sambutan terhadap sitkom berkenaan cukup menggalakkan.
Sehinggakan bas, sekolah yang membawa kanak-kanak turut berhenti di hadapan kediaman mereka semata-mata untuk menjerit nama ‘Dee dan Moon’.
“#staysafe #stayhome #lockdown2020
Wednesday 4th September 1991.
24 Safar 1412.
“The First Day #janganketawa aired on TV 3 #tv3. #throwback. Just to shared with all of you.
“Arwah Moon n myself we both #lockdown for 3 weeks in our condo Palm Court, Brickfields. Since they aired JK on tv. We were very scared of the people’s perception towards both of us.
“We prayed and prayed. After the 3rd week we gathered our guts and went out for lunch at Kak Rubiah Suparman Cafe, Puteri Restaurant. Along the way we were greeted by the people.
“Name it young old the Malays Chinese Indians they were soo over whelmed with both of us.
“Traffic jam infront of our condo the school bus just stop in the middle of the road the kids were calling our name Dee&Moon the bus driver came down to shake his hand n get our autographed,” katanya.
Atas dedikasi tersebut, Dee atau nama sebenarnya, Syed Muradzi Syed Shamsul berterima kasih kepada semua peminat.
“We were stunned all the cars n vans drivers were calling our names and Salam with us. Good 15 minutes for the jam to subside. We had free lunch at kk Rubiah’s.
“Alhamdulillah Thank You Malaysians for the support. Once the JK picked up. Banyak lahh suara yg not so happy. Well you can’t plz everybody.
“We both just wanna have fun n make people laugh their heart out.. Thats All.
Thank you for the endless support n still loving n remembered all the good times with all of you, JANGAN KETAWA,” tulisnya.
Dee turut berkongsi beberapa keratan artikel yang memaparkan zaman kegemilangan program hiburan tersebut.