Nabila Razali menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya cuba meniru cara penyanyi antarabangsa, Ali Gatie yang terlebih dahulu mendedahkan nombor telefon peribadinya kepada peminat di Malaysia menerusi platform Twitter, awal Mac lalu.
Sebaliknya, bintang ini mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian.
“Berkongsi nombor peribadi di laman sosial bukan satu ‘trademark’. Sesiapa saja boleh berbuat demikian, sama seperti saya yang berkongsi nombor telefon apabila jumlah tontonan lirik video Peluang Kedua mencecah satu juta tontonan di YouTube.
“Itu adalah janji saya kepada peminat di laman sosial jika lagu itu berjaya mencapai sasaran 1 juta tontonan pada hari kedua dilancarkan.
“Sejujurnya, saya tidak tahu menahu tentang ada artis lain turut melakukan tindakan sama hingga ada netizen yang maklumkannya di laman sosial. Bagi saya, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk tujuan promosi.
“Lagipun ramai yang tahu saya dan pihak pengurusan sentiasa mencari idea kreatif untuk mempromosikan setiap lagu baru dilancarkan. Saya tak rasa apa yang dibuat ini satu kesalahan atau meniru sesiapa.
“Memandangkan kita semua dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya kira ini adalah idea efektif untuk mempromosikan lagu baru kepada peminat.
“Saya juga tidak boleh keluar untuk aktiviti promosi di radio atau televisyen. Jadi ini salah satu cara terbaik untuk mendekatkan diri dengan peminat,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Sementara itu, Nabila turut merasa teruja selepas single barunya, Peluang Kedua, meraih sambutan luar biasa seterusnya mengakui telefon bimbitnya tidak henti berdering dan dihujani mesej di WhatsApp.
“Sehingga kini saya menerima lebih 35,000 ribu mesej di WhatsApp. Saya sendiri terkejut dengan maklum balas positif peminat terhadap lagu Peluang Kedua ini.
“Buat masa ini, saya hanya sempat menjawab beberapa panggilan telefon apabila mereka meminta saya sendiri menyanyikan lagu Peluang Kedua secara langsung. Baru saja letak telefon, sudah ada panggilan baru.
“Belum lagi mesej yang menderu masuk sehingga telefon bimbit saya tersekat. Namun saya akan cuba melayan mesej yang masuk itu. Paling melucukan ada juga peminat yang mencipta kumpulan WhatsApp supaya saya dapat berinteraksi dengan keluarga serta rakan mereka.
“Apapun saya sangat gembira dan tak sangka dengan maklum balas luar biasa seperti ini,” jelasnya lagi.
Terdahulu Nabila ada berkongsi nombor telefon peribadi selepas berjanji andai lirik video lagu Peluang Kedua berjaya mencapai satu juta tontonan pada hari kedua pelancaran.
Sehingga kini lirik video lagu Peluang Kedua di YouTube sudah meraih lebih 1.5 juta tontonan. Lagu berkenaan merupakan ciptaan sepenuhnya Hael Husaini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ummie Nazeera merakamkan ucapan tahniah buat Tan Sri Annuar Musa yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia berkuatkuasa hari ini.
Menurut Ummie, Tan Sri Annuar bukan sahaja merupakan seorang pemimpin yang sangat berhati mulia malah dia juga turut memiliki keluarga yang sangat baik.
Katanya lagi, dia juga sebenarnya telah pun mengenali Ahli Perlimen, Ketereh itu sejak usianya masih kecil lagi.
“Congratulations to our new minister annuar.musa56. Have known him since I was a kid. Always been a good hearted person, him and his whole family.
“May Allah make it easy for you and look forward to see what you will bring to our industry! Welcome And Bismillah,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Ummie turut dilihat ada menitipkan doa semoga segala urusan Tan Sri Annuar dalam memimpin kementeriannya akan dipermudahkan.
Ummie turut menambah, dia juga akan menantikan perubahan yang akan dibawa oleh Tan Sri Annuar terutamanya bila melibatkan sektor industri kreatif selepas ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Tan Sri Annuar.
“Banyak jasa dia pada penduduk kampung saya dan bagi kami pelajar dapat tusyen free dulu. Terima kasih YB. Jasamu ku kenang.
“He is gentle and soft spoken. Congrats sir.
“Pernah berurusan dengan beliau. Tegas dalam kelembutannya. Tahniah.
“Oh, i like him also. Tahniah,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembentukan Kabinet yang menyaksikan pelantikan seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.
Seramai 31 dilantik sebagai menteri dan 38 lagi sebagai timbalan menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sumber: Instagram Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan model, Ain Edruce meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 bersama suami serta anak sulung mereka, Soraya.
Sambil menzahirkan rasa syukur, pemilik nama lengkap Nurul Ain Edruce ini turut menyifatkan kehadiran Soraya merupakan hadiah terbaik sepanjang sambutan ulang tahun kelahirannya.
“Alamak, 30 dah lah. Hehehe. Thank you Allah for everything. Tahun lepas Amirul je, tahun ni ada Soraya. Best birthday ever,” tulis Ain menerusi Instagram.
Dia pada masa sama berkongsi foto sambutan hari jadi yang turut diraikan oleh adik perempuannya, Edila Edruce.
Paling comel, Soraya dilihat sedang tidur sambil dipangku Ain sewaktu ketika sambutan.
Posting berkenaan turut menarik perhatian ramai dan rata-ratanya juga telah menitipkan ucapan selamat hari lahir dan mendoakan yang terbaik buatnya seisi keluarga.
Untuk rekod, Ain dan suaminya, Amirul bernikah pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan mengikat pertunangan.
Ain selamat melahirkan anak pertama mereka pada 19 Mei lalu selepas lebih 25 jam bertarung di dalam bilik pembedahan.
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penerbit, Sheila Rusly ada memuat naik beberapa keping foto pelakon Elisya Sandha di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, kelihatan bintang muda itu sedang belajar memasak bersama dengan hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu.
“Sila bagi markah dekat student sis ni Kak long @jozlynnhanania belum tentu boleh buat dia kata #sardinepuff #homemade #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Elisya turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Sheila atas pengalaman dan perkongsian ilmu memasak yang diberikan.
“Thank you aunty ajar Elisya good experience,” tulisnya menerusi ruangan komen entri tersebut.
Difahamkan, Elisya yang merupakan adik kepada pelakon terkenal, Fasha Sandha menjalinkan hubungan rapat bersama dengan anak pertama Sheila bernama Uzair Haqimy.
Foto: Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi...