Pelakon dan penyanyi, Azza Elite akui terkesan dengan pemergian bekas anggota kumpulan nasyid, Inteam, Suhaimi Saad yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Rabu.

Menurut Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari, dia sering mengikuti sesi siaran langsung Suhaimi di aplikasi Tik Tok yang sarat dengan perkongsian ilmu.

“Al-Fatihah, Suhaimi Saad. Rajin juga tengok sesi live arwah di Tik Tok. Selalu berpesan pesan . Lucu-lucu arwah tapi bermesej. Semoga dia selalu dilimpahi rahmat dan kurniakannya syurga Firdaus,” tulisnya di Instagram.

Malah, Azza turut memuji cara Suhaimi
menunjukkan kasih sayangnya terhadap isteri, Ina Naim yang dapat dilihat ketika sesi siaran langsung.

Sering Kongsi Ilmu Di Live TikTok, Permergian Suhaimi Saad Buat Azza Elite Sebak Walau Tak Kenal

“Allah pasti akan permudahkan urusan buat Ina dan anak-anak. Suka tengok live sebab Suhaimi suka ngusik Ina. Setia dia dekat Ina. Sayang betul dia dekat isteri dia,” kongsinya lagi.

IKLAN

Walaupun tidak mengenali Suhaimi secara rapat namun, Azza menyifatkan pemergian Suhaimi ini amat menyentuh hatinya.

“Bab-bab macam ini memang tak boleh la. nangis la pula. Asal Suhaimi meninggal ni saya sebak. Bukan kita kenal pun.

“Pernah jumpa sekali ja tapi macam tersentuh pula bila Suhaimi tiada. Kematian yang hidup untuk Suhaimi. MasyaAllah,” akhirinya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan perasaan yang sama selain turut mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

IKLAN

“Bab Allah memang sangat dijaga. Insan terpilih. Allahuakbar.

“Hidupnya penuh kebaikkan.

“Kematian yang dicemburui. Pengakhiran itu lebih utama.

“Saya juga selalu tengok Tik Tok live dia. Memang dia selalu nasihat untuk melakukan kebaikkan.

IKLAN

“Selalu nampak ikhlas ketika live Tik Tok. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang beriman.

Semalam, Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Suhaimi dimasukkan ke HSI dan ditidurkan sejak Jumaat lalu berikutan keadaan kesihatan merosot selepas batuk teruk sejak Ogos lalu dan mengalami cirit birit.

Memetik laporan BH Online, Suhaimi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi Johor jam 9 pagi tadi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Azza Elite & BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI