Girl grup, The Gadys kini kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Gagal Cinta selepas sukses dengan single terdahulu, Gelek Jambu yang sebelum ini menggabungkan elemen reggaeton, rock dan tradisional.

Lebih istimewa, mereka kini turut tampil dengan ahli baharu, Thamiera Chan atau lebih mesra dengan sapaan Titu.

Berkongsi mengenai lagu Gagal Cinta, Ayunie mewakili The Gadys menjelaskan, lirik lagu tersebut cukup mendalam dan ada mesej yang nak disampaikan.

“Walaupun melodinya rancak dan ‘catchy’ tetapi hakikatnya lirik lagu Gagal Cinta ini sedih sebenarnya.

“Malah semasa proses rakaman, kami meletakkan emosi pada setiap nyanyian untuk peminat merasai atau menjiwai lirik lagu ini,” katanya.

Girl Grup The Gadys Kini Ada Ahli Baharu, Dua Anggota Terdahulu Undur DiriGirl Grup The Gadys Kini Ada Ahli Baharu, Dua Anggota Terdahulu Undur Diri

IKLAN

Sementara itu, Aznie pula mengakui cuba memberikan yang terbaik menerusi video muzik (MV) single berkenaan.

“Prosesnya bermula dengan pra produksi iaitu menjalani latihan menari dan koreografi bersama Aisya Marissa dan sudah tentu kami memang seronok mempelajari setiap ‘step’.

“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Muzik video ini membabitkan rakaman lokasi dalam dan luas.

IKLAN

“Bila ‘outdoor’ hanya cuaca sahaja cabaran kami, sebab sangat panas. Tapi, ‘glam team’ akan memastikan kami kekal menarik dan selesa. Konsep muzik video Gagal Cinta pula adalah ‘storytelling, partner dance and emotion’.

“Lagu Gagal cinta ini sangat ‘catchy’ untuk dinyanyikan bersama, tetapi lirik yang sangat ‘straightforward’ mengenai hubungan cinta yang gagal.

“Jadi, konsep MV Gagal Cinta ini menunjukkan kisah percintaan tiga gadis yang gagal percintaan dengan lelaki yang sama cuma berbeza karakter,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu, ahli baru mereka, Thamiera pula bersyukur kerana mendapat tunjuk ajar dan bimbingan mereka yang terlibat sepanjang penghasilan lagu dan muzik video.

“Memandangkan ini debut pertama, setakat ini belum merasa diri saya sangat tercabar. Semua berjalan dengan lancar. Akhir sekali, saya teruja untuk single baru ini,” kata Titu yang juga anak saudara kepada penyanyi Stacy.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI