Imbas kembali, nama figura Puan Sri Normala menjadi pujaan dan dikenali orang ramai selepas menjadi pengacara rancangan Nona di saluran TV3 sekitar tahun 2001.
Foto: Instagram Ahmad Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan usahawan menjawab pertanyaan ramai yang bertanya mengenai penampilannya yang dilihat mencukur licin jambang pada hari perkahwinan bersama Ayda Jebat, Jumaat lalu.
Sinonom dengan imej berjambang sebelum ini, Nabil mendedahkan dia tampil sedemikian bagi memenuhi permintaan isteri tersayang.
“Dari awal dia memang suka kalau saya cukur licin jambang. Cuma kalau nak diikutkan, saya lebih suka simpan, nampak lagi macho dan ‘garang’.
“Tapi demi hari bahagia kami, saya okay sahaja tampil sedemikian,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia menghalang Ayda dari terus aktif dalam seni, bekas hos program HLive! ini tidak mahu menyekat selagi tahu menjaga batas sesuai dengan status sekarang.
“Saya tiada halangan asalkan dia tahu bezakan baik yang buruk, termasuk dalam soal pemakaiannya. Tak naklah seksi sangat,” katanya lagi.
Terdahulu, Nabil, 33, dan Ayda, 29, selamat diijab kabulkan di masjid Al-Taqwa, TTDI, Kuala Lumpur,dengan sekali lafaz pada 1 Jahuari lalu.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dinikahkan Ustaz Rozimi Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) dengan disaksikan oleh bapa pihak pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman.
Majlis yang dilangsungkan secara sederhana mengikut rutin normal baharu, hanya dihadiri ahli keluarga dan tetamu terdekat kedua belah pihak.
Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Nabil sebelum ini melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.
Pasangan selebriti ini mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
Foto: Instagram Nabil Mahir, Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau lebih sinonim dengan panggilan DSV telah meluangkan masa bersama dengan anaknya dengan pergi bercuti di Pulau Pinang.
Mengakui anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen yang kini sedang aktif menyertai program hiburan Muzikal Lawak Superstar musim kedua, DSV tetap cuba untuk meluangkan masa bersama anaknya.
“Harini saya curi curi masa bawak @cikb_havoc66 @kacak_._ datang bercuti. Cik B sekarang sibuk sangat dengan muzikal lawak superstar. Saya taknak dia stress
“Cik B dengan Kacak memang rapat. Cik B penyayang Kacak pulak manja. Kalau dah berjumpa asyik bergurau.
“Perasan tak kalau first time check in bilik akan ada bau macam lama orang tak duduk. bau perabot bagai bagai. saya tak suka .
“Okay lah sebab ramai yang request suruh saya extend sales semalam. ada yang tak sempat nak grab sebab saya buka terhadd,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Imbas kembali, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkahwin dengan Mohd Amin pada tahun 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas dua kali menunda tarikh majlis pernikahan, pelakon Nafiz Muaz, 22, selamat berkahwin dengan suri hatinya yang juga ahli perniagaan, Diyana Omar, 29, kira kira jam 11.33 pagi tadi.
Dengan sekali lafaz, pasangan yang saling mengenali sejak tiga tahun lalu itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang dilangsungkan dalam skala kecil di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad dan disaksikan kira kira 100 orang tetamu.
Bintang kelahiran Sungai Petani, Kedah yang digilap bakat pada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016 itu menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000, mas kahwin RM1001 dan lima dulang berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.
“Perancangan awal kami sepatutnya sejak Ogos lalu.Dek situasi semasa pandemik COVID 19 dan beberapa kekangan lain, kami anjak pula ke Disember lalu.
“Akhirnya saya dan isteri tidak boleh berkompromi lagi dalam hal menangguhkan majlis kahwin ini. Maka kami nekad memilih tanggal 2 Januari 2020 sebagai saksi hari bersejarah.
“Biarpun berlangsung dalam suasana norma baharu selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami akur dengan ujian yang melanda dunia ini,” katanya yang sama segak dan cantik bersama isteri menggayakan baju Melayu rekaan Calvin Thoo.
Mengenai isterinya, Nafiz cukup selesa mengenali wanita berambut panjang itu.
“Lebih utama dia sangat memahami saya. Kami masing masing terbuka dalam banyak perkara.
“InsyaAllah kami akan sama sama melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh tanggungjawab. Semoga Allah mempermudahkan rencana hidup baru kami ini,” katanya.
Nafiz atau nama penuhnya, Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir memaklumkan yang mereka akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 21 Januari ini. Malah pada bulan Februari pula majlis bertandang akan diadakan di Sungai Petani.
Mengenai anak, masing masing tidak menolak rezeki jika dikurniakannya dalam masa terdekat.
Mengenai bulan madu, pasangan ini belum merancang lagi ke mana mana destinasi kerana Nafiz sendiri akan mula menjalani penggambaran sebuah drama bermula 6 Januari ini.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis perkahwinan mereka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.