
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ada berkongsi cerita perihal anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dan juga anak lelakinya, Muhammad Eric Zaquan.
Menerusi foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya kelihatan kedua anaknya itu sedang mengaji Al-Quran bersama seorang ustaz.
“SALAM JUMAATT..DOAKAN CIK B @cikb_havoc66 @kacak_._ . Jadi anak yg HEBAT dunia Akhirat..,” tulisnya ringkas.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji cara usahawan kosmetik itu mendidik anak-anaknya.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat reaksi DSV.

Imbas kembali, Vida berkahwin dengan Mohd Amin tahu pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lengkap Pakai Sut PPE, Pelakon Aniq Suhair Tawar Diri Jadi Sukarelawan Covid-19; “Good Job, Proud Of You!”

Pelakon meningkat naik, Aniq Suhair mengakui berasa amat teruja apabila terpilih untuk menjadi salah seorang sukarelawan yang bertugas di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Aniq, dia sebolehnya mahu memanfaatkan kesempatan tersebut memandangkan jadualnya kini tidak terlampau sibuk sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini.
“19/6/2021 marks the first day of me experiencing what frontliners have been managing for the past year now. I was very overwhelmed to be given the chance to manifest all the things the medical team been through.
“Semua secara kebetulan. Aniq cuba memanfaatkan MCO kali ini dengan menjadi sukarelawan. Aniq tak sangka Aniq terpilih dan kemudian diminta untuk bertugas di zon merah CAC ( covid assessment centre ) di Stadium Titiwangsa,” tulisnya.

Katanya lagi, sepanjang bertugas di pusat tersebut, hatinya berasa amat sayu melihat mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 lebih-lebih lagi bila melibatkan anak-anak kecil dan warga emas.
“Badan ditenggelami lapisan PPE, hati berasa nervous, takut dan tak sabar at the same time, alhamdulillah semua pesakit Covid-19 yang datang semuanya dalam keadaan baik, tetapi hati ni sebak bila melihat anak kecil dan warga emas turut hadir, aniq cuma mampu memberi kata semangat dan menceriakan mereka semasa mengambil Vital Sign & SP02.
“Dengan keadaan kes yang makin meningkat, mari kita sama sama meringankan beban frontliners.. Kita jaga kita,” katanya lagi.

Kisah tersebut dikongsikan oleh bintang kelahiran Hero Remaja 2020 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi foto berkenaan, Aniq dilihat lengkap mengenakan sut perlindungan diri (PPE) sepanjang tugasnya di kawasan berisiko itu.
Dikesempatan itu juga, pelakon drama, Tak Sempurna Mencintaimu turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama menyumbang bakti sebagai sukarelawan Covid-19 bagi meringankan beban para petugas barisan hadapan.
“Aniq mengambil peluang ini sebagai cara Aniq membantu para frontliners. Dalam keadaan sekarang yang tenat, jumlah kes yang tinggi, tentu para frontliners pun sama terkesan dari segi mental dan fizikal.
“Ada yang cakap takut berhadapan dengan pesakit covid, tapi bagaimana pula dengan frontliners yang setiap hari menggalas tugas dan merisikokan diri merawat mereka?
“Mereka tak ada pilihan selain harus kekal bertugas. Please stay safe at home everyone, together we can flatten the curve,” ujarnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, peminat turut memberikan penghargaan buat bintang muda ini selain memuji usaha yang dilakukannya.

Sumber: Instagram Aniq Suhair
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya Banyak Bawa Watak Sedih, Tapi Kali Ini Sangat Halus,” – Khatijah Tan Bawa Watak Isteri Setia Berbasikal Setiap Hari Ke IPD Gerik

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 2002, Khatijah Tan mendedahkan dia melangkahkan kaki ke set penggambaran filem terbaharu lakonannya, Saadiah: Bekal Kasih Merdeka tanpa sebarang persediaan.
Khatijah berkata, dia teruja untuk membawakan watak berkenaan yang dilihat sebagai wanita yang cukup besar jiwanya.
“Saya tak pernah berlakon begini. Saya tidak pernah datang berlakon dengan tangan kosong dan tanpa persediaan.
“Sukar bila kita lakonkan watak ini sebab orang akan bandingkan saya dengan Saadiah yang sebenar. Lebih-lebih lagi mereka yang mengenali Allahyarhamah.
“Jujurnya bila saya dapat skrip daripada pengarah Ellie Suriaty dan saya baca, air mata saya mengalir deras dan menusuk ke jiwa kerana cerita ini sangat besar.
“Saya beritahu Ellie saya tak buat persiapan. Selalunya saya akan bersedia dan buat kajian pada watak saya, tapi kali ini saya datang kosong,” katanya.
Membawakan watak Saadiah pada era 2012, Khatijah mengakui dia melihat lakonannya kali ini satu cabaran besar apabila melakonkan watak sebenar yang sememangnya wujud.
Khatijah menambah, dia juga menyerahkan kepada pengarah supaya membentuk dirinya menjadi Saadiah dan tidak mahu penonton melihat dirinya sebagai Khatijah Tan yang kebiasaannya dilihat di televisyen.
“Saya hargai Ellie, dia ada apa yang pengarah lain tidak ada. Dia pandai gali dan korek apa yang pelakon itu miliki.
“Jujurnya saya banyak bawa watak sedih, tapi kali ini sangat ‘halus’. Saya menjiwai watak seorang wanita yang memiliki rasa cinta mendalam pada suaminya dan perasaan rindu yang sangat indah pada masa sama menyakitkan,” katanya.

Malah kongsi pelakon yang sudah membintangi hampir 50 buah filem dan ratusan drama ini lagi, suaminya sendiri memuji lakonannya selepas menonton babak ketika dia mengayuh basikal.
“Saya sendiri menjayakan babak itu sehingga bulu roma saya naik. Suami susah nak puji, kali ini dia akui yang dilihat bukan Khatijah Tan tetapi Saadiah,” katanya lagi.
Khatijah berkata, pengalaman menjayakan filem itu memberikan sesuatu yang baharu buat dirinya dalam aspek penghayatan watak dan emosi kerana nakshahnya yang menuntut komitmen tinggi daripada semua pihak terlibat.
Saadiah diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis yang berbasikal menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak selama 37 tahun dek terkenangkan kasih sayang Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud.
Alias meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records milik Datuk Ayu Puteh itu turut dilakonkan oleh Azrel Ismail (Alias) dan Kaka Azraff (Saadiah 1975) dijangka akan ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan sempena sambutan Hari Polis atau Hari Pahlawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Yoe Siap Menangis, Nak Telefon Mak,” – Ustaz Ebit Lew Kagumi Akhlak Syahmi Sazli, Asif & Yoe

Berpeluang berjumpa dengan bintang Youtuber, Syahmi Sazli, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew gembira apabila pertemuan mereka diaturkan Allah.
Turut sama dalam sesi berkenaan ialah pelakon utama dalam siri Drama Spontan, Asif dan Yoe Parey.
Ebit memuji sikap ketiga-tiga pemuda itu yang berakhlak mulia dan kagum dengan kejayaan mereka yang disifatkan boleh memberi insiprasi buat golongan muda.
“Sebak semalam walau dah dekat 12malam lewat selepas ceramah di Matrikulasi Kelantan yang sangat baik.
“Kagum akhlak orang Kelantan. Rajin ramai usahawan berjaya. Rajin. Subhanallah.
“Selepas itu terus berjumpa dan berkongsi bersama anak muda yang sangat baik @syahmisazli @anissafaizul , asif,yoe dll. Baik sangat adik-adik ni.
“Rendah diri baik dan banyak minta nasihat. Saya sebenarnya semakin yakin syukur rahsia berjaya dan mulia. Rezeki melimpah ruah.
“Mereka kini menjadi semangat inspirasi pada semua anak muda diluar sana. Subhanallah.
“Apa yang kita rasa kekurangan sebenarnya itulah kekuatan kita bila kita syukur.
“Walau kita miliki kesempurnaan tapi tidak syukur dihati kita akan banyak mengeluh dan putus asa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ebit turut berkongsi cerita mengenai kisahnya bersama arwah ibu.
Sekali gus, ia telah menitiskan air mata ketiga-tiga pemuda berkenaan kerana sebak dengan cerita yang disampaikan Ebit.
“Mereka kata selalu dengar ceramah saya. Yoe siap menangis-nangis dengar guna head phone.
“Semalam pun masa cerita mak. Dia berlari ke kereta ambil telefon. Nak telefon mak. Selepas itu yoe ceramah pula pada asif. Subhanallah. Seronok lama juga berkongsi semalam.
“Bila @anissafaizul start menangis tanya soalan mengenai penting jaga solat dan sayang keluarga. Semua dah menangis. Allahuakbar. Baik dan sebak dengar soalan anak muda ini.
“Semoga Allah beri semua anak muda jutawan ini kebaikan, rezeki dan rahmat melimpah ruah. Allah sayang. Semoga menjadi asbab hidayah.
“Sempat hadiahkan buku isteriku bidadari dan 11 amalan memiliki kekayaan dan jemput mereka hadir keluargasunnah. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” akhiri Ebit.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Mengadakan pertemuan di sebuah kedai makan, Ebit turut dilihat saling menyuap makanan kepada Yoe dan Asif.
Terdahulu, Ebit baru sahaja selesai mengadakan ceramah di Kolej Matrikulasi Kelantan.
Video : Instagram Ustaz Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

