Sentiasa Hulur Bantuan Ke Rumah Anak Yatim, Allahyarham Ashraf Sinclair Pernah Buat Perkongsian Pada Ustaz, “Buat Amal Tanpa Bercerita Kepada Sesiapa.”
“Dia seorang pemurah dan baik hati.” Itu antara pujian Ustaz Ahmad Saiful Habib, selaku pengurus Yayasan Yatim Daarul Rahman kepada Allahyarham Ashraf Sinclair.
Menerusi video Beepdo, Ustaz Ahmad berkongsi sifat mulia Ashraf ketika hayatnya yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada rumah anak yatim seramai 78 orang.
“Dia (Allahyarham Ashraf) mempunyai akhlak yang baik seperti yang telah diajar kedua orang tuanya. Dia seorang yang baik dan pemurah.
“Dia melakukan amal dan memberikan amal tanpa menceritakan kepada sesiapa,” kongsinya.
Dalam pada itu, Ashraf sempat berpesan kepada Ustaz Ahmad agar kebaikannya itu tidak perlu dihebohkan.
Ads
“Malah, dia berpesan pada saya agar kebaikan dia tidak perlu diketahui orang ramai.
“Dia selalu datang sendirian ke sini (rumah anak yatim) dan saya tak pernah lihat dia mengajak sesiapa,” katanya.
Ustaz Ahmad turut berkongsi pengalamannya saat memandikan jenazah Ashraf.
Ads
“Saya sentiasa terbayang wajahnya, apatah lagi ketika saya mandikan jenazah, wajahnya tersenyum dan nampak tenang.
“Malah, ketika itu saya tidak kuat,” ujarnya.
Terdahulu, Ashraf, 40, meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ads
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah Sinclair, 10 tahun.
Video : Youtube Beepdo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon cantik, Ruhainies menerusi Instagram pada Isnin ada berkongsi beberapa momen bermakna saat dirinya meraikan ulang tahun kekasih hati yang dikenali sebagai Elf Johan dengan menaiki helikopter.
Pada masa sama, Ruhainies turut berkongsi foto dipercayai saat menikmati sesi makan malam romantis bersama.
Malah, pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu turut berkongsikan foto sekitar menerusi Insta Stories.
“Happy Birthday to the man i love. Boo, may you have the happiest of all the birthday celebration in the world today. I love you up to the outer space and back.
“Wonderful Birthday to you my truest one love! You have done so many things, this year I wish that you will able to do tons of things again. You’re the best!,” tulis bintang Jejak Karmila ini sambil memberikan kredit.
Ruhainies yang masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah si dia kepada umum mulai menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan kira-kira sejak dua tahun lalu.
Foto: Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suasa sedih dan sayu mengiringi upacara pengebumian jenazah Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam tadi.
Dianggarkan seramai 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham.
Antara rakan artis yang hadir seperti Achey, Black, Fasha Sandha, Fizo Omar, Zamani, Datuk AC Mizal, Mark Adam dan Hairul Azreen.
Turut hadir bersama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam pada itu, Achey yang merupakan sahabat terdekat arwah bersyukur kerana upacara pengebumian berjalan lancar.
“Dalam keadaan dia pergi saya bersyukur dan reda kerana dia pergi dengan tenang dan tidak meninggalkan apa-apa kontroversi.
“Saya harap doa orang ramai sampai kepada arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman,” kata Achey seperti dipetik IGTV Awani.
Berkongsi momen indah bersama arwah, Achey yang sama-sama menganggotai kumpulan Bocey ada cerita sendiri.
“Kami (Abam, Fad dan Achey) ada berkongsi untuk menambah anak kerana kami suka bercerita mengenai hal demikian. Itulah antara momen kami kongsikan bersama
“Dia (arwah) ada cakap dia nak tambah anak lagi seorang. Saat dia pergi, saya pegang anak arwah memang sangat sayu. Tambahan pula, anak arwah masih kecil,” kata Achey dalam nada sebak.
Sementara itu, Achey menjelaskan bahawa mereka sudah membuat persediaan untuk bekerjasama dalam sebuah program menerusi platform media sosial.
“Kami ada perancangan untuk membuat satu program yang menggunakan platform media sosial. Malah, persiapan sudah pun dilakukan dan itu juga merupakan idea arwah.
“Saya dan Fad akan teruskan karier dan tanggungjawab ini. Kami juga ada periuk nasi masing-masing. Kami akan cuba kembangkan apa yang kami ada. Kami tak akan lupakan dia,” akhiri Achey tenang.
Terdahulu, Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia 5 bulan.
Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.
Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang semalam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam.
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.