Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan artis, Ifa Raziah dipermudahkan.
Roslan Shah yang mesra disapa Cik Lan berkata, dia ada memberitahu mengenai perkara itu kepada Ifa ketika sama-sama terlibat di dalam sebuah acara di Singapura, baru-baru ini.
Pasang Niat Murni
“Saya sudah berbincang dengan Ifa, untuk tahun baru ini, saya rancang untuk buat kenduri (tahlil dan doa selamat) untuk ahli keluarga kami yang telah pergi.
“InsyaAllah kalau boleh, saya nak buat majlis tersebut di Singapura dan Kuala Lumpur serta turut disertai anak-anak yatim. Sambil mendoakan buat yang telah tiada, kita bersedekah dan bagi saya itu lagi afdal.
“Sudah niat, azam saya. Sudah rancang dalam hati. Daripada ‘tabur duit’ pada benda lain, rasanya lebih baik untuk buat kenduri kesyukuran bersama anak-anak yatim.
“Mudah-mudahan kebaikan itu akan jadi saham akhirat, bila kami sudah tiada nanti, insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada majlis Kemaafan Dendam Yang Terindah di Kuala Lumpur, pada Isnin.
Ads
Sementara itu Ifa juga memberitahu, Roslan ada mempelawanya untuk sama-sama menunaikan umrah sekiranya diizinkan Yang Maha Esa.
“Malah ketika saya berada di Singapura tempoh hari, Cik Lan ada cakap pada saya, tahun depan kalau ada rezeki kita buat umrah sama-sama,” katanya.
Ads
Terdahulu, dua selebriti ini sepakat memilih jalan damai berhubung isu persengketaan mereka yang sudah berlarutan hampir tujuh tahun.
Meskipun sudah berbaik pada sebuah festival di Singapura sebelum ini, menurut Ifa, dia dan Roslan memilih untuk membuat sidang media di Malaysia bagi menjelaskan situasi salah faham yang berlaku di antara mereka sebelum ini.
Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih
Dalam pada itu, Ifa akui berlapang dada apabila hubungannya bersama Roslan kembali baik.
“Allah SWT tahu kami pendosa, banyak buat salah. Semua orang tak sempurna. Jadi Allah bagi peluang pada kami umur yang panjang ini untuk saling berbuat baik di antara satu sama lain hari ini.
Ads
“Semoga pengakhiran hidup kami ke jalan yang diredai. Bila niat kita baik, insya-Allah Dia akan permudahkan. Rezeki pun akan datang dan saya percaya kasih sayang persahabatan itu masih lagi ada.
“Walau kita tak jumpa, benci, meluat dan sebagainya, tapi tipulah kalau tak ada rasa kasih dan sayang walau sebesar zarah terhadap Roslan.
“Dalam keburukan dia dan saya, ada baiknya juga. Memang masing-masing marah tapi bila kita duduk dalam tenang selepas solat, teringat akan kebaikannya.
“Kita pandang pada kebaikan, kenapa dengan kesalahan yang kecil, kita nak perbesarkan? Kenapa kita tidak nilaikan apa benda baik yang pernah dilakukan terhadap kita?
“Itulah kadang-kadang dalam sebuah perhubungan ini, kita kena pandang juga apa kebaikan orang lain terhadap diri kita,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Pelakon Raja Ilya telah berkongsi satu video menerusi akaun Instagram miliknya ketika dia sedang meluangkan masa bersama suaminya, Trent Garret.
Menariknya, video yang telah dimuat naik oleh pelakon yang berusia 33 tahun itu telah menarik perhatian peminat setelah melihat kemesraan pasangan ini
“Ready for the 10 minute challenge? Husband Ilya convinced ,dia Suka bila muka dia nampak lagi tegang ,wrinkle kurang n especially all the pigmentation Pudar.
“Majority Mat salleh skin problem Dorang moslty the black dots ( pigmentations) untuk kita orang Asia nak kulit putih lak .. haha.. so this Mask works for Any Skin ,it’s in a box macam wet tissue box ,ada 20 helai boleh pakai untuk 1 bulan ..”
“Apa yang penting ,kulit muka jadi terang Dalam 10 min , kalau terus kan pakai lagi bertambah terang,TAK payah nak peeling2 buat sakit badan je .. jadi Korang kena try ni ,bagi je husband ke,mak ke , Adik,Kakak,sepupu sepapat semua try ,beli satu kongsi ramai2 ..”
“Tak membasir kan.. Get special promo for PINK MASK, 1 box rm159,Worth to buy. Hopefully promo ni ada lagi, better grab and whatsapp now…”tulisnya.
Pelakon Ruhainies memohon kemafaan kepada mana-mana individu yang telah tersakiti, bersempena dengan tibannya sambutan Hari Raya Aidilfitri, esok.
Ruhainies yang kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah yang turut disertai ahli keluarganya yang lain turut memaafkan sesiapa sahaja yang menyakiti.
“Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin from Madinah. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang saya sakiti.
“Saya juga memaafkan sesiapa juga yang menyakiti. Semoga Allah bersihkan hati, sucikan diri di akhir ramadhan ini.
“Semoga segala amalan kita pada bulan Ramadhan ini diterima Allah SWT. Insya-Allah dan amin yarabbal alamin…,” titipnya.
Dedikasi indah itu dikongsikan adik kepada pelakon Risteena ini menerusi hantaran terkini di Insta Stories.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Corot Persembahan yang dianggap tepat dengan tema minggu kedua iaitu ‘revolu-sihat’ memberi kelebihan kepada penyanyi Aepul Roza yang berjaya meraih markah tertinggi dalam saingan minggu kedua The Hardest Singing Show (THSS) sebanyak 90.40%.
Lebih istimewa, persembahannya malam tadi yang mengambil tema sukan bola sepak itu sebagai simbolik Aepul solidariti khas buat Faisal Halim.
Aepul Roza mempersembahkan lagu Panas nyanyian asal Gigi, diberi cabaran membuat persembahan dengan bola sepak dan trampoline.
Tempat kedua disandang Ayda Jebat yang dengan 88.51% sementara Aisha Retno pula di kedudukan ketiga dengan 88.34%.
Membuat persembahan dengan membawa mesej isu Palestine, Zizi Kirana turut mencuri tumpuan barisan juri sekaligus meraih 85.17 peratus.
Tiada penyingkiran bagi minggu ini dan ini dia senarai markah penuh kesemua bertanding.
Datin Alyah yang turut bersaing di dalam program ini mengumumkan penarikan diri susulan bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan Haji, Jun depan.
THSS bakal berlangsung selama 10 minggu, diacarakan oleh Nabil Ahmad yang bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, kerusi juri pula diduduki oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Datuk Seri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini