Penyanyi dangdut popular, Mas Idayu manafikan dakwaan yang mengatakan dirinya hanya sekadar ‘miming’ ketika mempersembahkan lagu terbaharunya yang berjudul Harum Mekar Di Hati secara langsung di pentas akhir Famili Duo 4, Ahad lalu.
Menurut Mas atau nama sebenarnya, Masidayu Mesnun, dia hanya mengalami kesukaran untuk menghasal lirik memandangkan lagu ini baru sahaja dilancarkan.
“Saya tidak miming dan saya memakai ear monitor. Saya juga sudah meminta penonton untuk duduk kerana saya tidak nampak prompter.
“Saya tak hafal lirik sepenuhnya kerana ini merupakan lagu baharu,” katanya kepada MH, usai pentas akhir Famili Duo 4, di Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad.
Ads
Enggan Layan Kecaman
Katanya lagi, dia juga enggan mengambil pusing kritikan segelintir pihak terhadap persembahannya itu.
Malah, penyanyi lagu Hasrat Perindu turut merasakan orang ramai seharusnya memberikan lebih perhatian kepada para finalis yang berentap di pentas akhir Famili Duo 4.
Ads
“Saya tak kisah dah. Rasanya tak perlulah bercerita fasal saya. Ini malam akhir Famili Duo. Saya kini mahu berkongsi kegembiraan bersama pada finalis.
“Saya lebih terkilan kerana terpaksa menjurikan tiga pasangan duo yang kesemuanya bagus. Kalau boleh, saya nak bagi semua duo 100 peratus. Mereka memang bagus malam ini,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, lagu Harum Mekar Di Hati baru sahaja dilancarkan awal bulan lalu.
Single bergenre pop rock ini telah mendapat sentuhan daripada komposer terkenal manakala penulis lirinya pula adalah Raizo Almirez.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui apabila kehilangan insan tersayang untuk selama-lamanya.
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah suami, Ashraf Sinclair penyanyi Bunga Citra Lestari ada menitipkan ucapan untuk arwah si dia yang telah pergi mengadap Illahi.
Pelantun lagu Wanita Terbahagia ini ada berkongsi kata manis yang pernah disampaikan Allahyarham kepada dirinya.
“Terima kasih kerana membuat saya percaya bahawa saya layak untuk dicintai.
“Sejak awak tiada Saya perlu menjadi awak. Seseorang yang mencintai saya, seseorang yang mempercayai saya.
“Kata-kata awak hebat, dan akhirnya saya melihatnya.
“Saya akan mencintai diri saya, seperti awak mencintai saya..,” tulis Bunga.
Imbas kembali, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aiden Sinclair, 10 tahun.
Ashraf yang sinonim menerusi aksinya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Arwah Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Alhamdulillah. Syukur, doakan 2nd baby Mawar membesar dengan sempurna dan selamat.
“Doakan Mawar jugak tau.. kalini alahan teruk sikit.. tu yang slow sikit online.. ramai request buat barbie challenge, tapi x larat.
“Sorry gais.. bnyk lagi nak buat challenge2 lain dan kerja lain2.. tapi semua tergendala.. doakan mekwa alahan cepat clear tauuu.. loya teruk kali ni,” jelasnya.
Terdahulu, Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael yang dilahirkan pada Mac tahun lalu.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahun 2019 sudah memasuki pertengahan tahun, mungkin ada perkara yang gembira dan pahit yang dialami setiap individu.
Begitu juga dengan alam perkahwinan, ada yang menyulam cinta bahagia dan ada juga sebaliknya.
Namun, tidak semua perkahwinan sentiasa indah, ada juga yang berhadapan dengan situasi tegang dan terpaksa bertemu dengan jalan pengakhiran iaitu penceraian.
Untuk tahun 2019, MH senaraikan barisan selebriti yang ‘terhenti’ kisah cintanya bersama pasangan hidup.
1. Sam Bunkface & Aida Azira
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama penuhnya Shamsul Anuar menjatuhkan talak satu ke atas Aida Azira pada hujung Januari lalu.
Aida yang juga seorang penerbit rancangan mengambil keputusan dibuat bersama dan keluarga masing-masing reda dengan jalan yang diambil.
Sam sebelum ini mendakwa rumah tangga yang dibina mengalami pergolakan namun masih tinggal bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.
2. Datuk A.Aida & Ariff Aziz
Kes penceraian penerbit drama, Datuk A.Aida dan Ariff Aziz menjadi bualan hangat ramai pihak apabila Ariff melafazkan cerai talak satu ke atas A.Aida pada 25 April lalu.
Bagaimanapun, A.Aida membuat pengumuman di sidang media pada Selasa.
Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 selepas tiga bulan bercinta.
Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penerbit drama itu.
3. Radhi OAG & Ayu Zahiri
Isteri kepada vokalis OAG, Nur Shahira Ayu Zahiri, mendakwa penyanyi terbabit sudah pun melafazkan talak terhadapnya Mac lalu.
Malah wanita yang mesra disapa Ayu itu juga mengakui masalah rumah tangga yang berlaku sudah pun terjadi sejak sekian lama.
Lafaz cerai juga akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat
Terdahulu, Radhi, 41, dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan sebelum ini, penyanyi berkenaan pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 kemudian berpisah pada 8 Jun 2010.
Hasil perkahwinan terbabit, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, 14 tahun.
4. Bella Astillah & Aliff Aziz
Pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz menjadi perbualan hangat apabila Aliff menceraikan Bella dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu.
Lebih sedih, kes itu berlaku pada bulan mulia, Ramadan Al-Mubarak.
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu terpalit dengan beberapa isu curang sebanyak tiga kali yang membabitkan gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular.
Selain gambar, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.
Terdahulu, Aliff terpalit kontroversi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah. Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari lalu.
Untuk rekod, Aliff dan Bella Astillah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean.
5. PU Abu & Ain Afini
Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi melafazkan cerai ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif.
Penceraian dilakukan PU berusia 25 tahun menerusi aplikasi Whatsapp pada 13 Mac lalu.
Lebih mengejutkan, apabila Ain ketika itu sedang sarat hamil tujuh bulan anak sulung.
Abu kemudian berkahwin dengan janda anak satu, Hana Azraa.
6. Vanidah Imran & Rashidi Ishak
Status perkahwinan antara pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran terjawab apabila aktor itu mengakui mereka sudah bercerai pada 9 Ogos 2018.
Bagaimanapun, mereka merahsiakan perkara ini selama tujuh bulan kerana mahu menghormati keluarga masing-masing.
Terdahulu, Rashidi mengumumkan penceraiannya melalui Instagram pada pertengahan Mac lalu.
Untuk rekod, Rashidi dan Vanidah telah berkahwin pada 1 Oktober 2000. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, 15.
Foto : Carian Google, Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood, Keke Palmer, mendedahkan perbualan dengan bekas pengurusnya yang membuat dia terkesan dan trauma.Menurut Keke ketika itu bekas pengurusnya mengkritik hebat berat...