Selebriti popular, Nur Fazura menyatakan rasa terharu selepas koleksi terbaru tudung keluarannya difahamkan telah habis terjual sebanyak 200,000 unit dalam masa satu jam.

Menurut Fazura, dia merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah menyokong produk tudung keluarannya selama ini.

“Senang-Senang Je Dapat 5.4 Juta…,”- 200,000 Helai Tudung ‘Laku Keras’ Kurang Sejam, Ramai Puji Cara Fazura

Katanya lagi, segala kejayaan yang dikecapinya kini ini adalah disebabkan oleh izin Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“MasyaAllah. Tabarakallah. Segalanya milik Allah SWT. The “Rahmat Ramadhan” of 200,000 pieces has officially SOLD OUT within just 1 hour!

“Congratulations to my big family at @fazurabesties and semua anak anak agents kita,” tulisnya.

Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Senang-Senang Je Dapat 5.4 Juta…,”- 200,000 Helai Tudung ‘Laku Keras’ Kurang Sejam, Ramai Puji Cara Fazura “Senang-Senang Je Dapat 5.4 Juta…,”- 200,000 Helai Tudung ‘Laku Keras’ Kurang Sejam, Ramai Puji Cara Fazura

IKLAN

“Dengan rasa rendah diri Faz ucapkan Terima kasih buat anda semua yang Faz kasihi for your endless love and support, my darlings.

“Semuanya hanya untukmu,” kongsinya lagi.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, seorang individu telah memuat naik sebuah ciapan yang menganggarkan jumlah keseluruhan yang diperoleh Fazura hasil jualan produk tudungnya itu.

IKLAN

“RM27 sehelai je tapi berjaya jual 200 ribu dalam hanya sejam. Senang-senang je Fazura dapat RM 5.4juta,” tulis individu berkenaan.

Ciapan tersebut kemudiannya tular dan telah mendapat reaksi banyak pihak.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji model bisnes yang digunapakai oleh Fazura.

“Design cantik, fabrik pun cantik. Harga mampu milik. Senang bentuk pulak tu bila pakai. A recipe for success if you’re selling tudung. It’s a bonus if the one’s selling pulak seorang artis yang humble seperti Nur Fazura.

IKLAN

“Harga rm 27 ni sempena umur dia. My mom bought her tudung. Shoo pretttttyyy! My mom can flex her tudung too sebab ada nama FAZURA.

“Aku rasa sebabkan harga yang murah 27 kut. Memang tak fikir panjang. Isteri pun beli sebab harga tu memang tak fikir sangat. Modal 100 dalam poket pun tak kisah sangat. Tak ada la rugi sangat. Wife kata design pun cantik.

“Tapi itulah, dia nak capai apa yang dia dapat sekarang perlukan masa yang lama,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.

“Senang-Senang Je Dapat 5.4 Juta…,”- 200,000 Helai Tudung ‘Laku Keras’ Kurang Sejam, Ramai Puji Cara Fazura “Senang-Senang Je Dapat 5.4 Juta…,”- 200,000 Helai Tudung ‘Laku Keras’ Kurang Sejam, Ramai Puji Cara Fazura

Sekadar informasi, tudung terbaru keluaran Fazura ini merupakan koleksi daripada kempen terbaharu yang diberi nama ‘Rahmat Ramadhan’.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Nur Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI