Demikian kata salah seorang penerbit filem Terkutuk, Nashrul Azlee Nasir mengenai prestasi yang diberikan pelakon baharu, Amir Ahnaf yang melakukan debutnya menerusi naskhah filem seram di Indonesia, tahun lalu.
Menurut Nashrul Azlee, dia bersyukur kerana selain Amir, Nora Danish yang turut terlibat di dalam filem berkenaan memberikan komitmen baik sepanjang penggambaran di negara jiran itu.
“Saya bukanlah orang lama dalam bidang ini, namun saya bersyukur dan tekejut dengan komitmen baik yang diberikan semua pelakon, termasuk Amir Ahnaf. Dia bagus sebab ada inisiatif untuk isi masa dengan krew tempatan.
“Dia buat demikian sebab nak belajar cara bercakap dialek bahasa lokal. Saya terkejut dengan komitmen yang dia berikan.
“Sama juga halnya dengan Nora Danish. Meski dia sudah lama berlakon dan babaknya tidaklah banyak namun tetap beri 100 peratus tumpuan,” katanya.
Nashrul Azlee berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka 4ward di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain Terkutuk, filem Harimau Malaya: The Untold Journey arahan Datuk Afdlin Shauki turut dilancarkan pada majlis sama.
“Dari segi pemilihan pelakon, saya beri ruang kepada pengarah untuk memilih seterusnya berkarya. Macam Amir misalnya ketika itu dia tengah meletop dengan siri Project: High Council sehingga trending di media sosial.
“Pada saya ia tidak semestinya bergantung kepada nama seseorang pelakon semata. Jika naskhahnya baik dan kualiti lakonan pelakon juga mantap, rasanya tidak salah untuk kita ketengahkan bakat yang ada,” katanya lagi.
Terkutuk adalah kerjasama 4ward Entertainment dengan produksi Indonesia dan diarahkan Andibachtiar Yusuf. Filem genre seram itu bakal ditayangkan pada Jun atau Julai depan.
Sementara itu, Alif Nabil Ismail pula berkata, mereka aktif menerbitkan filem untuk pasaran Indonesia dengan kerjasama tenaga produksi di sana yang antara lain boleh membantu membuka jalan buat pelakon Malaysia untuk berkarya di negara Seberang.
“Filem tersebut sudah ditayangkan di Indonesia menerusi judul ‘The Parcel’ pada hujung tahun lalu dan kini menantikan tayangan di Malaysia pula. Saya harap filem ini juga mendapat sambutan baik nanti,” katanya optimis.
Selain Amir Ahnaf dan Nora Danish, Terkutuk turut dibintangi Atiqah Hasihola, Baim Wong, Putri Ayudya, dan Whani Dharmawan.
Dalam pada itu, filem Harimau Malaya: The Untold Journey pula kini berada dalam fasa suntingan akhir dan kesan khas imej janaan komputer (CGI).
Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 27 Jun 2024 dan mendapat kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Naskhah ini mengangkat cerita perjalanan pemain bola sepak negara bersama kisah empat peminat tegar (Ultras Malaya).
Dua plot ini ditemukan pada perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bangladesh, di mana Harimau Malaya memenangi perlawanan itu, sekaligus menamatkan penantian selama 42 tahun dalam kejohanan itu.
Filem bertemakan kenegaraan dan patriotisme ini dibintangi oleh Meerqeen, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Sophia Albarakbah dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara foto percutiannya bersama suami di Phuket menerima ratusan ucapan tahniah atas bayangan mereka bakal menerima cahaya mata ketiga, penyampai radio Feeya Iskandar menegaskan dia dan suami hanya ingin meluangkan masa bersama dan bukan untuk ‘membuat anak’.
Malah ibu kepada dua anak ini turut memohon agar netizen tidak lagi memberi ucapan tahniah di ruang komen.
“#kamixbuatanak
#kamipergibercutijer. Stoplah dok ucap2 tahniah bagailah komen baby otw lah..ergh,” tulisnya.
Seperti sedia maklum, peningkatan kes baharu Covid-19 di Malaysia menjadi perbualan hangat.
Penyanyi dan usahawan, Khai misalnya ada menyuarakan pendapat mengenai perkara tersebut menerusi laman media sosial Twitter miliknya.
Menurut penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim pertama itu, dia agak kesal dengan segelintir sikap pihak yang didakwanya tidak mematuhi SOP seperti yang telah ditetapkan.
“Rakyat ikut semua SOP, tak pakai mask kena saman.
“Sy pun pernah kena sound kt restoran tgh mkn diminta pakai juga mask tp letak bwh dagu, mcm tu sekali suruh rakyat patuh SOP.
“Tp orang atasan main langgar je semua. Lepas tu BEBAS buat2 tak tahu! No saman, No kuarantin & No Swap,” tulisnya.
Sekadar infomasi, Malaysia dilaporkan telah mencatatkan sebanyak 14,368 kes kesuluruhan sehingga 8 Oktober lalu.
Dalam pada itu, sebanyak 3703 kes daripada kes kesuluruhan yang dilaporkan masih aktif.
Foto: Twitter Khai Rosma
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.