Usahawan dan personaliti media sosial, Farah Lee berpendapat sebagai ibu bapa, mereka tidak sepatutnya terlalu berkira terutamanya bila melibat soal pendidikan dan kebajikan anak-anak.

Malah, Farah turut menyifatkan anak-anak juga merupkan pintu rezeki kepada sesebuah keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by F. L. (@farahlee_)

 “Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.

“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka,” tulisnya.

Ibu kepada seorang anak itu berkata sedemikian menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.

IKLAN

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pengacara dan personaliti televisyen, Ally Iskandar itu turut menekankan anak-anak merupakan amanah daripada Allah dan perlu dijaga dengan sebaiknya.

“Nak-nak ayah-ayah yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.

“Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak-anak untuk kita.

IKLAN

“Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selain turut berkongsikan mengenai kisah hidup masing masing.

IKLAN

“Nak Bagi Nafkah Anak Alahai Haji Bakhil Pulanya,”- Farah Lee Titip Pesan Buat Pasangan Bercerai “Nak Bagi Nafkah Anak Alahai Haji Bakhil Pulanya,”- Farah Lee Titip Pesan Buat Pasangan Bercerai “Nak Bagi Nafkah Anak Alahai Haji Bakhil Pulanya,”- Farah Lee Titip Pesan Buat Pasangan Bercerai

Terdahulu, Farah dan Ally telah mendirikan rumah tangga pada 2012 namum memutuskan untuk bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Maream Esabel.

Sumber: Instagram Farah Lee

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI