Baru-baru ini, timbul perdebatan di media sosial bila ada yang mengatakan pemakaian kurta tidak sepatutnya dinormalisasikan ketika sambutan hari raya.
Malah, ada juga yang menganggap kurta ini bukanlah budaya bagi masyarakat Melayu dan kita sepatutnya lebih memartabatkan pakaian tradisi iaitu Baju Melayu.
Mengulas mengenai isu tersebut, pelakon, Nadhir Nasar berpandangan semua pihak bebas untuk memakai pakaian yang mereka merasakan selesa.
Katanya lagi, kurta yang sering digayakan oleh kebanyakkan masyarakat Melayu ketika ini juga sememangnya diinspirasikan daripada Baju Melayu Teluk Belanga.
“Pada saya, ia tak jadi satu masalah. Dalam dunia ini, semua orang berhak untuk memakai pakaian yang mereka rasakan selesa.
“Walaupun ada yang kata kurta ini merupakan pakai tradisi daripada negara luar, pada saya, kurta yang saya pakai ini sebenarnya diinspirasikan daripada Baju Melayu itu sendiri.
“Kalau kita nak kaji asal usul atau putar belitkan kenyataan, pada akhirnya, kurta tetap merupakan pakai seperti baju Melayu Teluk Belanga.
Ads
“Kurta merupakan sehelai baju yang sesuai dipakai di pagi dan malam hari raya, berkunjung ke rumah sanak saudara atau ke mana-mana sahaja,” katanya kepada MH.
Juara Hero Remaja 2020 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen ‘Bulan Bintang Terrrpaling Raya 2024’ baru-baru ini.
Pada masa sama, Nadhir turut menyifatkan kurta ini merupakan pakai yang sangat sesuai untuk digayakan untuk acara formal dan santai.
“Saya sangat sukakan kurta. Kurta sangat sesuai untuk dipakai dimana-mana acara sekalipun.
Ads
“Tak kisahlah sama ada nak pergi konsert, rumah terbuka, pergi masjid atau beribadah, kurta ini sangat versatil,” ujarnya lagi.
Sementara itu, ketika ada beberapa duta tahun lalu yang memilih untuk ke jenama lain, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah memilih untuk kekal bersama Bulan Bintang bagi tahun ketiga.
“Saya tidak ada dilamar atau mendapat tawaran daripada jenama lain. Meri sudah pun bagitahu sejak tahun lepas yang dia mahukan saya lagi sebagai duta.
Ads
“Dia sendiri yang melamar saya sejak kempen tahun lepas. Dia juga risau kalau tidak diberitahu lebih awal, mungkin saya akan ke jenama lain.
“Kita juga akan tahu berapa lama khidmat kita diperlukan untuk sesuatu jenama itu. Jadi, kita boleh bersedia dan menolak tawaran lain.
“Saya sukakan jenama ini kerana ia dijalankan dengan sepenuh hati. Jadi, saya memang dengan rela hati nak kekal,” akhirinya.
Terdahulu, Nadhir dan seorang lagi pelakon, Mierul Aiman merupakan duta bagi produk kurta Bulan Bintang.
Selain Nadhir dan Mierul, beberapa selebriti ternama turut menjadi duta Bulan Bintang bagi tahun 2024 iaitu Shukri Yahaya, Remy Ishak, Hannah Delisha, dan Daiyan Trisha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak sampai beberapa jam memuat naik foto seperti najis di laman Instagramnya, Datuk Aliff Syukri bertindak memadam gambar tersebut selepas dikritik netizen.
Peminat yang berang menyifatkan ia sebagai promosi murahan.
Apa tidaknya, gambar najis tanpa sebarang suntingan dikongdi secara terus di laman sosial.
Tidak memberi sebarang kenyataan, namun tindakan usahawan itu memadam foto tersebut dianggap sebagai memahami kemarahan yang diluahkan.
Foto : Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Datuk Awie memilih filem seram komedi sebagai naskhah terbitan syarikat miliknya Rumah Produksi Merah.
Bintang terkenal itu tampil menerbitkan filem berjudul Sue-On iaitu kisah mengenai hantu dari siri Korea yang tersesat masuk ke Malaysia menerusi layar televisyen.
“Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi.
“Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On,” katanya.
Mengambil inspirasi dari sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.
Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie memberitahu Sue-On adalah sebuah filem yang cukup santai dan sarat dengan elemen-elemen komedi yang menghiburkan.
Penggambaran filem berkenaan dilakukan pada November hingga Disember
2021 di Taiping, Perak.
Menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, Sue-On sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 6 Julai lalu dan masih ditayangkan sehingga sekarang.
Sue-On mengisahkan seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen.
Pada satu malam nasib Sue-On Ddak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin TV, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, memadamkan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya.
Meski sudah bersedia menamatkan zaman bujang, pelakon Ruhainies tidak mahu bersikap mementingkan diri sendiri.
Kongsi Ruhainies, memberi laluan buat kakaknya yang juga seorang pelakon, Nur Risteena Munim untuk mendirikan rumah tangga meski dirinya sudah bersedia untuk bergelar isteri.
Bintang drama bersiri Jejak Karmila itu berkata dirinya kini berasa sangat bahagia dengan hubungan percintaannya bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr. E.Johan.
“Setakat ini saya dengan si dia macam biasa sahaja bercinta dah dekat setahun lebih. Kami masih lagi di fasa berbunga-bunga lagi.
“Bincang untuk ke gerbang perkahwinan itu ada tapi masih belum tergesa-gesa lagi sebab nak tunggu kakak saya kahwin dulu.
“Selepas dia kahwin baru saya kahwin jadi kalau lambat dia kahwin lambatlah saya kahwin nanti.
“Saya tak boleh nak kahwin dulu sebab saya tak nak ‘langkah bendul’ bak kata pepatah melayu tambahan pula mak ayah saya memang tak bagi saya kahwin dulu.
“Saya harap semua doakan yang baik-baik untuk perhubungan saya dan si dia,” kongsi Ruhainies kepada MH.
Pertengahan tahun lalu, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, secara terbuka berkongsi kepada media dengan mendedahkan hatinya sudah dimiliki seorang jejaka Melayu menetap di London, United Kingdom.
Bintang kelahiran Pulau Pinang ini telah ditemui MH ketika sidang media program All Stars Buka Panggung yang berlangsung di Nicsmann, The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.
Program All Stars Buka Panggung merupakan sebuah pertandingan komedi pentas yang menguji dan mencabar pelakon beraksi dalam babak komedi pentas.
Pentas komedi tersebut bakal dipersembahkan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Aaron Aziz, Datin Seri Umie Aida, Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Izzue Islam dan ramai lagi.
Program komedi All Stars Buka Panggung akan ditayangkan pada 6 September depan di saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Azza Elite terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pempengaruh dan usahawan sensasi, Kieda Crepe terhadap bisnes kek yang diusahakannya.