Ibu kepada penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham iaitu Asiah Haron,62, meninggal dunia sekitar jam 3.40 petang semalam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung.

Terdahulu, berita sedih itu dimaklumkan Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 32, menerusi kemaskini di Instagram.

“Pagi tadi, saya mendapat kiriman mesej daripada anak buah yang mengatakan ibu saya terkena serangan jantung. Ketika itu, dia sudah berada di hospital sejak tiga hari lalu.

“Namun, ibu saya meninggal dunia pada pukul 3.40 petang tadi dan jenazahnya akan dikebumikan selepas Isyak malam ini di Batu 11, Kereteh, Kelantan,” katanya menerusi Instagram Stories.

IKLAN

Pada masa sama, Issey turut mengakui hasratnya untuk membawa ibu menunaikan umrah hujung tahun ini tidak kesampaian

“Sempat Mandikan, Tengok Orang Pakaikan Baju Baru, Sempat Cium Ma Puas-Puas,” – Jenazah Ibu Issey Selamat Dikebumikan

Terbaru, bintang ini turut berkongsi jenazah arwah ibunya sudah pun selamat dikebumikan di paparan Instagram serta Insta Stories.

IKLAN

“Sempat Mandikan, Tengok Orang Pakaikan Baju Baru, Sempat Cium Ma Puas-Puas,” – Jenazah Ibu Issey Selamat Dikebumikan

“Masa aku stress, aku call Ma. Tak kira pukul berapa. Ma sentiasa ada dengan aku. Tapi tu dulu dah. Lepas ni Ma takda dah.

IKLAN

“Tadi aku sempat mandi kan Ma, tengok orang pakaikan baju baru untuk Ma. Sempat cium Ma puas puas. Aku hantar Ma pergi tempat yang Ma akan duduk sorang sorang.

“Semua orang cakap Ma cantik sangat. Ya allah. Hantar Ma kat dalam mimpi aku malam ni. Aku nak jumpa Ma. Miss u so much. Al- Fatihah Ma,” tulisnya sayu.

Lantas, para peminat serta rakan selebriti turut menitipkan salam takziah buat Issey seisi keluarga serta mendoakan agar roh arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Foto: Instagram Issey Fazlisham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI