Abu Sufyan Muhammad Mokhtar Rozaidi atau sinonim dipanggil PU Abu menafikan dirinya tidak lagi tinggal serumah dengan isteri, Hana Azraa yang baru dikahwininya.
PU Abu menyifatkan apa yang didedahkan Hana tidak benar memandangkan dia hanya ke Kuala Lumpur selama dua tiga hari atas urusan kerja.
“Kami masih suami isteri. Kami masih sebumbung dan saya datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan anak.
Ads
“Dakwaan Hana itu tidak benar kerana saya baru saja ke sini dua tiga hari,” katanya seperti yang dipetik MHE TV.
Ads
Terdahulu, penceramah bebas itu menjelaskan dakwaan isterinya itu sebagaimana yang dilaporkan yang mendakwa mereka sedang dalam proses perceraian.
Ads
Di samping itu, Hana Azraa seperti yang dipetik turut mendakwa suaminya itu tidak lagi di Kedah bagi menetap di Kuala Lumpur.
Pelakon Nazim Othman sering sahaja berkongsi gambar percutiannya di luar negara.
Lalu, bintang drama Monalisa ini juga ada memberikan motivasi buat golongan yang gemar melancong, tetapi malas untuk berusaha bagi mencapai impian.
“Macam mana nak travel selalu? Jawapannya, awak kena kerja dulu. Kalau kita malas, dari dalam bilik nak pegi dapur amik air pun rasa berat, maka janganlah ada perasaan iri hati tengok kehidupan orang lain lebih baik darimu.
“Saya pernah hidup susah. Susah sangat sehari cuma mampu bertahan makan roti sebungkus 50 sen tu je.
“I dealt with hardship and failure more than most people because I always strived for a better life and will keep doing that to be in the best elements.
“Life is shorter than we think. It’s not too late for U to start over,” tulis Nazim panjang lebar.
Bella Astillah ada berkongsi video comel yang merakamkan anak lelakinya, Ayden Adrean menyanyikan lagu bapa sendiri, Aliff Aziz berjudul Sayang Sayang.
Menerusi rakaman video pendek yang dimuat naik Bella di Instagram itu, rata-rata pengikut memberikan reaksi positif terhadap entri berkenaan.
Masih terkesan dengan misi kemanusiaan yang disertai, Noh Salleh mengakui selama ini erti kesyukuran seringkali disalah erti.
Terlintas dalam fikirannya, apa lagi yang dimahukan dalam kehidupan selepas melihat kesengsaraan kanak-kanak mangsa perang.
Apabila menatap penderitaan mangsa anak kecil putus kaki dan buta akibat serangan sniper di depan mata, Noh kian rasa terkesan.
“Kadang kala saya terfikir, mengapa ada di antara kita di Malaysia yang tidak bersyukur. Saya telah melihat perkara yang paling teruk di depan mata, kanak-kanak berusia lima tahun ditembak di bahagian kaki, dibakar sekeluarga.
“Saya pernah hadapi depresi dan anxiety disorder dua tahun lalu dan baru-baru ini saya mengalami tekanan sama apabila melihat kanak-kanak ini menjalani rawatan psiko-sosial.
“Perang berlangsung lapan tahun, namun kanak-kanak ini baru berusia tujuh tahun. Bayangkan, bila mereka lahir terus dalam situasi perang.
“Kanak-kanak ini bermimpi ngeri setiap hari, rumah terbakar, kaki terputus dan kereta kebal. Dan lebih menyedihkan, mereka tidak dapat membezakan realiti dan mimpi ngeri.
“Mereka tidak layak menjalani kehidupan yang sangat ekstrem dan itu yang menyebabkan saya tertekan.
“Bila di persimpangan depresi, saya mula mempersoal apa tujuan kita hidup. Saya meminta jawapan Nina, dan ia sungguh mudah, untuk menyembah Allah,” katanya.
Pada masa sama, suami kepada Mizz Nina ini turut menambah, kerja amal yang dilakukan bermula dalam keterpaksaan, namun ia memupuk kesedaran dalam diri seiring masa.
Penyanyi dari Sarawak ini juga berkongsi fasal soal pilihan dalam hidup.
“Saya teringat salah seorang sukarelawan memberi pandangan ketika perjumpaan di Lubnan. Jelasnya, ia berkaitan pilihan. Kita di Malaysia ada pilihan untuk melakukan apa sahaja.
“Namun di sini, apa pilihan yang mereka ada. Setiap hari ibu bapa melihat anak-anak mati di depan mata kerana tiada apa boleh dilakukan.
“Mendengar kenyataan beliau, saya terus berjujuran air mata. Bayangkan kami yang belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata pun tidak dapat mengawal kesedihan, inikan mereka yang melaluinya,” katanya kapada MH.
Pernah terlintas untuk meninggalkan dunia hiburan yang disifatkan penuh noda, namun dia harus akur, pengaruh sebagai selebriti penting untuk memberi impak kepada masyarakat.
“Saya banyak kali berada dalam persimpangan lebih-lebih lagi apabila melihat kesengsaraan mereka. Sama ada mahu melepaskan semua kebendaan dan memberi fokus kepada akhirat.
“Cuma satu yang buat saya terfikir, Allah telah berikan sedikit keistimewaan dan pengaruh sebagai public figure. Jika saya lepaskannya, bagaimana saya mahu terbitkan kesedaran dan mengajak mereka yang lain melakukan kebaikan.
“Industri muzik ini apa sebenarnya? Ia hanya sekadar hiburan, penuh dengan gosip yang membina jambatan menuju ke neraka. Saya tak mahu hidup dalam industri semata-mata untuk terkenal, tidak mahu dipersoalkan kelak di sana,” ulasnya lagi.
Terdahulu, Noh ditemui media pada majlis Sidang Media Pemacu Api Tour 2019 di Gasket Alley, Damansara.
Pemacu Api Tour merupakan jelajah kumpulan muzik Toko Kilat dengan penampilan istimewa Noh Salleh yang akan berlangsung di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. Jelajah ini bermula 17 Ogos sehingga 14 September depan.
MH kini berada di Gasket Alley untuk sidang media Pemacu Api Tour 2019 menampilkan Noh Salleh dan Toko Kilat
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.