Awal semalam, penyampai radio dan hos, Sharifah Shahirah ada berkongsi foto lamanya bersama suami, pelakon Ijoy menerusi laman Instagram.
Sambil menitipkan kapsyen humor seperti biasa, foto throwback itu nyata menggamit memori apabila keduanya dirakam saat melakukan iklan komersial bagi sebuah jenama minuman.
“Teringat masa buat iklan teh. Masa ni i macam korea…,” tulisnya ringkas.
Lalu, rata-rata peminat memberikan reaksi positif terhadap foto lama berkenaan sehinggalah ada satu komen pengguna media sosial yang mahukan kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah itu supaya berhati-hati dek si suami yang dilihat tak tua di makan usia.
Ads
“Time ni segak wey, la beruban teruk. Laki hang maintain muda kak, jaga-jaga,” tulis individu berkenaan di ruangan komen.
Lalu, reaksi sedemikian mendapat respon peminat lain. Ada yang berpendapat komen tersebut seperti ‘tak sayang mulut’.
Ads
Malah, ia turut mendapat reaksi Shahirah. Katanya, dia tidak kisah dan apa yang baik hanya datang dariNya.
Ads
“Hinalah nak kata apa pun, takpe. Jaga sangat pun ada juga perempuan lain. Life is beautiful, beauty is pain.
“Yang tak elok kita, yang indah daripada Allah ye. Korang je pandai jaga, saya tak reti jaga,” balas Shiera.
Terdahulu, Shiera dan Ijoy mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah terkenal, Datuk A.Aida ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya beberapa hari yang lalu.
A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang telah memaklumkan bahawa dia bakal berpisah dengan anak keduanya, Wan Az Evanatassha selepas 17 tahun hidup bersama.
Difahamkan, anak kepada kepada pengarah itu bakal melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka.
“Hari ini hari yang penuh dengan rasa hiba buat saya sebagai ibu. Sekejap tenang, sekejap agak resah gelisah yang amat. Sungguh… Sukar untuk digambarkan dengan kata apa dalam dada ini.
“Hari yang ‘menyedihkan’ itu akhirnya tiba juga dan kami akan berpisah bumbung selepas 17 tahun dia lahir dari perut saya. Semua ibu akan melalui episod yang saya rasai hari ini. Anak ke-2,@azevanatassha akan secara rasminya berpindah ke Melaka, menyambung pelajaran di sana.
“Tasha yang saya besarkan dengan airmata bersama kakaknya @az_aleesa dan @rahul_a.aida suatu ketika dahulu, Alhamdulillah menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran.
“Anak Mama yang baik, anak Mama yang cantik. Anak Mama yang tidak pernah sekalipun menyusahkan meskipun suatu ketika kehidupan kami bukanlah terus jadi senang. Ketika saya susah, @azevanatasshadan kakaknya @az_aleesa lah yang memberi kekuatan dan bayangkan, hari ini dia akan pergi meninggalkan saya, demi meneruskan kehidupan.
“Pun saya tetap bersyukur kerana dia bakal meneruskan cita-citanya di dalam negara, dan dia memilih untuk mendengar kemahuan saya untuk tidak menyambung pelajaran ke oversea. Pun, rupa-rupanya rasa perpisahan itu tetap sama. Jauh ke, dekat ke, hati ibu ini tetap sangat sayu. Sangat syahdu…
“Pun saya akur. Anak aku ni sudah 18 tahun tau. Dan Tasha bukan lagi kanak-kanak… Dia sudah berhak memilih yang terbaik untuk masa depannya sendiri. Tak apalah Tasha…Mama redho seredho-redhonya walaupun selepas ini Mama tak boleh tengok Tasha depan mata hari-hari.
“Kena tunggu seminggu atau sebulan nak jengok Tasha. Oh! Anakku Tasha…Mama melepaskan Tasha dengan doa yang tidak pernah sedikit.
“Mama membesarkan Tasha menjadi anak yang baik dan berguna untuk membuat kebaikan kepada insan lain. Teruslah menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur dan sentiasa berbaik sangka sesama manusia.
“Doa Mama akan selalu ada buat Tasha, sehinggalah ke hujung nyawa Mama. Teruslah menjadi manusia yang baik anakku..Mama Love you so much!#uitmlendu,” tulisnya.
Antara cinta atau ibu bapa, dilema yang sering melanda golongan muda.
Usahawan kosmetik yang turut dikenali di kalangan selebriti, Anas Zahrin menerusi Instagram mengemukakan persoalan sama.
“Pernah tak kita terfikir perasaan ibu bapa yang hantar kita belajar ke menara gading sana.
Yang bersusah mencari duit agar anak anak dapat belajar dengan sempurna akhirnya beberapa bulan lepas tamat belajar terus mendirikan rumah tangga dan sebagainya.
“Kalau lepas mendirikan rumah tapi tetap ingin membalas jasa masih tak mengapa tapi yang kawin terus senyap sepi. Apa pula cerita? Hurmm,” soalnya.
Malah, pengusaha kosmetik ini menegaskan pertanyaan bagaimana seharusnya jasa ibu bapa dibalas jika fokus sudah beralih kepada pasangan selepas berkahwin.
“Sudah cukuplah membalas jasa mereka? Harapan mereka supaya dapat bantu mereka?
“Kalau nak di kira taburan bintang di angkasa. Jika nak di hitung luasnya alam semesta.
“Takkan dapat dibanding dengan pengorbanan dan kasih sayang ibu dan ayah membesarkan kita.
“Persoalan ni selalu bermain di fikiran semua. Awak rasa bagaimana?
“Ada satu ayat makcik makcik onion “alah buat apa belajar tinggi tinggi, lepas tu kawin terus tak jadi apa” – boleh awak semua bincangkan tak? #BujangManisManis,” tulisnya lagi.
Bagi setiap insan, sudah pasti akan merindui kenangan ketika masih kecil bersama adik-beradik dan itulah yang dirasai bakal ibu, Elfira Loy.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy mengimbau kenangan di zaman kanak-kanaknya bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Difahamkan, bintang filem Tentang Bulan itu ada berkunjung ke pantai Port Dickson, Negeri Sembilan bersama suami tercinta beberapa hari lalu.
“Watching sunset is the best part of our trip today , hehe . Teringat kecik-kecik dulu kalau nak bercuti PD lah tempat paling kiteorg suka sekali nak pegi . So bila sampai tadi omg my childhood memories were flashing infront of me.
“Tengok pantai teringat kena obor obor sebab seronok sangat mandi pantai . Tengok adik beradik , teringat dulu sibuk tangkap ketam siapa paling banyak . Tengok orang ambik gambar teringat dulu nak ambik gambar nak pegang sunset je. Sekarang ni hahaha selfie je lahh nak ‘sun kissed’ kononnya.,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat memuji wajah Elfira yang semakin cantik dan berseri dalam menantikan detik bersalin.
Untuk rekod, Elfira telah dilahirkan pada 8 Mac 1994 dan mempunyai tiga adik-beradik iaitu abang sulungnya Ahmad Ezzraa Loy , ketiga Nurul Ezzlisa Loy dan keempat adiknya Awamg Ezzrin Loy.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.