Isteri kepada Lan Solo, Sheila Razlan ada berkongsi luahan sejurus berita mengenai anak ketiganya, Akid, yang terjatuh selepas bermain ice skating di sebuah pusat membeli-belah sebelum dihempap lelaki warga asing seberat kira-kira 90 kilogram diperkatakan ramai.
Menerusi Facebook petang semalam, ibu kepada empat cahaya mata itu berkongsi rasa mengenai apa yang berlaku terhadap Akid atau nama penuhnya, Muhammad Akid Qassyaff itu.
“Bukan sbb dia anak artis dpt kluar story.
(sbb nanti ada je netizen akan tulis “penting betul berita ni” “boleh turunkan harga minyak ke?” “anak org lain jatuh x kecoh pon!”).
Ads
“Anak sesiapa pun.. Kalau bnda nak jadi. Tetap jadi. Terima kasih semua yang membantu kami. Sy doakan keluarga kalian sentiasa dilindungi. Aamin,” tulisnya.
Beberapa hari lalu, kanak-kanak berusia 4 tahun berkenaan dikatakan hanya mampu menangis selepas kejadian berkenaan.
Sheila bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pihak terlibat kerana membantu sepanjang kesulitan berlaku.
Ads
Situasi kejadian turut dikongsikannya menerusi Instagram.
Untuk rekod, Sheila dan Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 34, mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009.
Selain Akid, 4, pasangan itu mempunyai tiga orang lagi cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 7, Nur Amna Qeesyara, 5, dan Nur Amna Quxandra, setahun.
Foto: Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ushawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini ada memaklumkan niat bagi membantu seorang pemuda kelainan upaya (OKU) yang hadir sendiri ke kediamannya demi mencari pekerjaan.
Malah, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu turut berkongsi kisah bersama pemuda yang dilahirkan pekak dan bisu itu menerusi media sosial.
Terbaru, usahawan berusia 32 tahun itu ada berkongsi rakaman video yang memaparkan gelagatnya bersama pemuda tersebut.
Difahamkan, pemuda berkenaan kini sudah hampir 2 minggu tinggal bersama Aliff sekeluarga.
“nama apa yg patut saya taruk? susah nama kami saya..abang ambil dia ini sebab dia istimewa..untung sy ni sbb adik oku ni rajin kerja,walaupun x boleh dengar dan bercakap tapi kerja cekap dan ri gan tulang…
“kalau banding dgn orang normal kadang cekap dia lagi…..Lagipun yang abang suka mengenai boy ini dia OKU.. dia tak dengar apa yang abang cakap atau bising so kena tulis ..Dekat sini adik ni abg anggap macam anak ang jee..
“dia tolong jga rumah saya dan sy kasi dia upah abg kasi dia upah supaya boleh Dia kirimkan duit kepada ibu bapa nya di kampung sebagai penoreh getah
“siapa Nak dapatkan selipar dan bizzy boddy @as.legacymalaysia pleas komen “nak beli” Di ruangan komen di bawah nanti di team sale abang akan balas komen anda dan pos produk kepada anda,” tulisnya.
Pelakon Mawar Rashid ada berkongsi foto yang melihatkan dia sedang menjalani aktiviti lasak iaitu mendaki Bukit Gasing,Petaling Jaya baru- baru ini.
Meski selamat melahirkan cahaya mata beberapa bulan lalu ,namun finalis Dewi Remaja 2014/15 ini gigih melakukan aktiviti mencabar fizikal dan minda.
“Subhanallah. Cantik sangat view. Mawar ni memang seorang yang suka menikmati keindahan alam.
“Bukan keindahan alam je, semua bendalah sebenarnya Mawar suka menikmati.
“Kadang2 kalau menikmati nature ni boleh sampai berejam2. Duk tenung je sorang2 sebab tu satu kepuasan untuk Mawar.
“Sebab tu Mawar suka gi pantai, masuk hutan, pergi tempat nature yang cantik2.
“Rasa tenang, and happy. Tu salah satu cara untuk Mawar sentiasa rasa bersyukur dengan kehidupan yang Allah bagi. Happy dengan setiap detik kehidupan Mawar.
“Ok dah terlebih deep pulak. Nanti Korang tak paham apa Mawar cuba sampaikan. Ok bye. #bukitgasing #hiking,” kongsi Mawar.
Tidak hanya keseorangan, Mawar ditemani kakak iparnya (isteri Datuk Fazley) iaitu Azrene Ahmad bersama-sama melakukan aktiviti tersebut.
“Mawar sebenarnya terjebak hiking dari kaklong, kakak ipar Mawar.
“Selamani duk terfikir je, nape kaklong cakap best sangat hiking ni.
“Dulu 5 6 tahun dulu pernah lah Mawar hiking untuk activity Dewi Remaja, tapi tak de view so tak betul2 appreciate moment hiking yang dulu.
“This time, Bila Mawar join kaklong, baru lah Mawar faham kenapa kaklong addicted to hiking.
“Serious bila dah sampai dekat view point, hilang rasa penat, rasa macam nak menari2 je kat atas tu. hahaha.
“Pastu dalam hutan pulak udara segar, tengok hijau2 semua, dalam pada masa yang sama, dapat exercise jugak.
“Seronok betul. Insyaa’Allah ada rezeki nak tengok view dari Bukit lain pulak. Hehe. Thank you kak long for today. I really really enjoy creating beautiful moment with you @azrene_ahmad,” kongsi Mawar lagi.