
Malang tidak berbau apabila penyanyi Didi Astillah, dikejarkan ke hospital apabila difahamkan, dia mengalami kecederaan akibat terjatuh dari tangga.
Insiden tersebut dikongsikan oleh adiknya, Eina Astillah menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories, pada Isnin.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, ia memaparkan keadaan Didi yang menerima rawatan di unit kecemasan sebuah hospital yang jelas kelihatan bahagian dahi sebelah kanan yang mempunyai kesan darah.
“Semoga baik-baik sahaja,” tulisnya ringkas.

Reaksi Netizen & Perkongsian Di Media Sosial
Sementara itu menerusi platform Threads, sebuah akaun yang dikenali sebagai @maszmassz ada berkongsi maklumat mengenai insiden yang berlaku tersebut.
“@Didiastillah kemalangan jatuh tangga malam tadi. Semoga @didiangelastillah cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala. Insya-Allah,” maklumnya.

Anda mungkin berminat dengan
Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen menitipkan doa semoga adik kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ini segera pulih.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

