Pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia, ada berkongsi berita sedih apabila Almy Nadia terpaksa menggugurkan kandungan yang ketika itu baru mencecah usia empat bulan.

Ia berikutan pendarahan rahim yang dialami bintang berkenaan yang sekali gus dinasihatkan doktor untuk menggugurkan kandungan tersebut demi menyelamatkan nyawa.

Malah Almy turut berkongsi lanjut mengenai perkara itu menerusi IG TV di Instagram.

Serentak dengan perkongsian tersebut, peminat turut menzahirkan rasa sedih dan mendoakan agar Almy segera sembuh.

Malah, rakan selebriti termasuk bintang media sosial dari Seberang, Mimi Peri turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon berkenaan.

“Semoga cepat sembuh buat Datin Almy Nadia, isteri Datuk Fizz Fairuz. Datin Almy mengalami keguguran, semoga Allah melindungi, diberikan kesihatan dan boleh hamil lagi.

“Buat kalian, para followers mohon doanya supaya Datin Almy Nadia cepat sembuh. Aku mohon kalian semua mendoakan ya. Terima kasih,” ucapnya dalam satu klip video.

Video yang turut dikongsikan kembali oleh Fizz di Instagram miliknya juga turut mendapat reaksi dari Almy.

Sementara Fizz turut mengucapkan terima kasih selain menyifatkan Mimi peri sebagai sahabat dunia akhirat.

Pada masa sama, rata-ratanya netizen turut terharu dengan ucapan yang disampaikan instafamous terbabit.

Terdahulu, hubungan di antara Mimi Peri dan pasangan selebriti itu terlihat akrab apabila mereka saling melakukan sesi ‘IG Live’ bersama hingga menjadi sensasi di internet.

Foto: Instagram Mimi Peri, Datuk Fizz Fairuz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI