Semakin Beransur Baik & Pulih, Amyra Rosli Maklum Perkembangan Terkini Ayra – “Cuma Jantung Je Kena Pantau Untuk 3 Bulan Lagi…”

Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli memaklumkan anak perempuannya, Ayra Aryssa kini semakin beransur baik dan pulih setelah terkena jangkitan virus ‘Kawasaki’, beberapa minggu lalu.

Perkembangan terkini itu telah dikongsikan isteri kepada pelakon Amar Baharin menerusi hantaran di akaun media sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, menurut Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli memberitahu Ayra kini hanya perlu menjalani pemantauan di bahagian jantung untuk tempoh tiga bulan akan datang.

“#BismillahiMasyaallah She’s recovering. Cuma jantung je kena monitor for 3 months lagi

“But alhamdulillah adik semakin active & showing good progress. Semoga Aryssa sentiasa dibawah lindunganNya,” tulis Amyra.

IKLAN

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan permata hatinya itu.

“Thank u everyone mendoakan aryssa. Thank u Allah,” akhirinya menerusi entri yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Terdahulu, Amyra memaklumkan Ayra telah mengalami masalah gejala demam panas yang sangat teruk sehingga suhu badan mencecah lebih 40 darjah celcius, sekitar awal bulan April.

IKLAN

Sekadar informasi, Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 11 November 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Amyra Rosli