Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung susulan muzik video lagu raya mencolok mata yang dilakonkannya baru-baru ini.

Aliff pada masa sama turut meminta tidak mengaitkan ahli keluarganya berhubung isu hangat yang diperkatakan.

“Saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu, video dan saya nak minta maaf banyak-banyak.

“Saya memohon supaya jangan babitkan keluarga saya, mak saya. Mak saya sedang mengerjakan umrah.

“Jangan salahkan isteri saya kerana dia tidak bersalah. Jangan salahkan bonda, bonda tidak bersalah,” katanya memetik Harian Metro.

IKLAN

Terdahulu, bapa kepada lima cahaya mata itu hadir memberikan keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Cyberjaya pada Selasa.

Aliff yang tiba di SKMM pada jam 9.58 pagi itu difahamkan telah memberi keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.

“Jangan Salahkan Isteri, Bonda Saya Kerana Dia Tidak Bersalah,” – Aliff Syukri“Jangan Salahkan Isteri, Bonda Saya Kerana Dia Tidak Bersalah,” – Aliff Syukri“Jangan Salahkan Isteri, Bonda Saya Kerana Dia Tidak Bersalah,” – Aliff Syukri

IKLAN

Sementara itu, Aliff juga berterima kasih kepada SKMM dan beliau sudah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam dilaporkan berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

IKLAN

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Harian Metro

https://youtu.be/YMPiTDvnd9E

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI