Sejurus memaklumkan berita gembira apabila selamat melahirkan anak keduanya kira-kira jam 9.15 pagi Jumaat di sebuah hospital swasta di ibu kota, ruang komen di Instagram hos dan pelakon, Scha Alyahya dihujani ucapan tahniah serta doa.

Hasil tinjauan MH, dedikasi sama turut ditinggalkan peminat serta rakan artis ke akaun suami, Awal Ashaari dan anak sulung pasangan ini, Lara Alana.

Selepas Kongsi Berita Timang Anak Kedua : Instagram Scha, Awal & Lara Dihujani Doa Baik-Baik, Ramai Ucap Tahniah!

Selain berkongsi kembali beberapa paparan ucapan yang diterimanya, Scha turut menzahirkan rasa syukur atas doa yang dititipkan.

Selepas Kongsi Berita Timang Anak Kedua : Instagram Scha, Awal & Lara Dihujani Doa Baik-Baik, Ramai Ucap Tahniah!

“Syukur alhamdulillah Ya Allah. Thank you everyone for the dia, well wishes and kind words,” tulisnya pada foto kandid Awal yang sedang memangku anak keduanya itu.

IKLAN

Terdahulu, Scha turut memaklumkan memaklumkan dia dan bayi yang dilahirkan dengan berat 3.2 kilogram itu berada dalam keadaan sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

“Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.

IKLAN

“Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.

“Kedua-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.

“Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.

IKLAN

“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak. Stay safe, and welcome to the world Baby L,” tulisnya pada satu hantaran terbaru.

Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana yang kini mencecah usia tujuh tahun.

Selepas Kongsi Berita Timang Anak Kedua : Instagram Scha, Awal & Lara Dihujani Doa Baik-Baik, Ramai Ucap Tahniah! Selepas Kongsi Berita Timang Anak Kedua : Instagram Scha, Awal & Lara Dihujani Doa Baik-Baik, Ramai Ucap Tahniah!

Foto: Instagram Scha Al Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI