Pelawak wanita, Ain Sufia menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya malam tadi di sebuah hospital swasta di Senawang, Negeri Sembilan.

Bayi lelaki cukup sifat itu dilahirkan tanpa sebarang komplikasi tepat jam 10.17 minit malam.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ain menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram awal pagi tadi.

“Selepas 2 Hari Bertarung,” – Ain Sufia Selamat Bersalin, Terpaksa Guna Khidmat 3 Orang Doktor Pakar “Selepas 2 Hari Bertarung,” – Ain Sufia Selamat Bersalin, Terpaksa Guna Khidmat 3 Orang Doktor Pakar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ain AWOK (@ainsufiaa)

“Alhamdulillah, selepas dua hari bertarung, pukul 10.17 malam tadi dia keluar. Semua cara ibu dah usaha. Hujung-hujung masuk bilik OT jugak.

“Nak keluarkan dia tricky betul yee. Anak nombor dia betul-betul bertuahhhh. Standby lah ayah @matnor_leeb ,” tulisnya.

IKLAN

Menerusi perkongsian di Instagram stories, Ain memberitahu, ketika proses bersalin, dia terpaksa menggunakan khidmat tiga orang doktor sehingga menyebabkan dia harus ditempatkan di dewan bedah.

“Selepas 2 Hari Bertarung,” – Ain Sufia Selamat Bersalin, Terpaksa Guna Khidmat 3 Orang Doktor Pakar “Selepas 2 Hari Bertarung,” – Ain Sufia Selamat Bersalin, Terpaksa Guna Khidmat 3 Orang Doktor Pakar “Selepas 2 Hari Bertarung,” – Ain Sufia Selamat Bersalin, Terpaksa Guna Khidmat 3 Orang Doktor Pakar

“Punya bertuah boy ni. Tiga orang doktor pakar kena datang hospital malam-malam. Bagi ibu explore macam-macam nak keluarkan dia. Bertuah anak nombor dua ni,” kongsinya lagi.

IKLAN

Pada masa sama, pelakon drama, Nawfal Nak Raya ini juga turut memaklumkan anaknya kini berada dalam keadaan yang baik dan sedang ditempatkan di nursery buat sementara waktu.

“Ibu belum sempat pegang lagi. Masih kat nursery daripada malam tadi. Tengok masa lepas dia keluar je malam tadi,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Ain.

IKLAN

“Selepas 2 Hari Bertarung,” – Ain Sufia Selamat Bersalin, Terpaksa Guna Khidmat 3 Orang Doktor Pakar “Selepas 2 Hari Bertarung,” – Ain Sufia Selamat Bersalin, Terpaksa Guna Khidmat 3 Orang Doktor Pakar

Untuk rekod, Ain dan suami, Mohd Nor Ab Mutalib selamat diijabkabulkan pada 1 Februari 2019 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 30 Oktober 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ain Sufia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI