Selepas menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga pada tahun 2016, nama Zarul Umbrella masih lagi kekal menjadi antara penyanyi lama yang tetap menjadi pujaan ramai.

Malah kini, dia turut menggendalikan saluran YouTube sendiri, Zarul sering kali berkongsikan video-video menarik mengenai dunia penerbangan memandangkan pernah bekerja sebagai pramugara suatu ketika dahulu.

Selalu Orang Tanya Boleh Tak Wanita Berhijab Jadi Pramugari, Zarul Umbrella Jawab; “Sebenarnya Ada Satu Airlines…”

Terbaharu, Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 49, ada berkongsikan mengenai soalan yang sering ditanya netizen terhadapnya iaitu berhubung wanita berhijab yang ingin bekerja sebagai pramugari.

Berkongsikan maklumat, Zarul berkata terdapat satu syarikat penerbangan di Malaysia yang membolehkan wanita untuk memakai tudung ketika sedang berkhidmat iaitu menerusi Amal by Malaysia Airlines yang mana ia menyediakan servis untuk jemaah haji dan umrah.

IKLAN
@zarulumbrellaofficialPersoolan yg sering ditujukan kepada saya %% dan ini lah yg boleh saya jawab

♬ original sound – zarulumbrellaofficial

“Sebenarnnya, ada satu airlines dekat Malaysia yang boleh pakai hijab iaitu Amal by Malaysia Airlines yang berkhidmat untuk jemaah haji dan umrah.

“Tapi untuk menjadi pramugari di situ, anda kena ada pengalaman sebagai seorang pramugari sebelum ini dekat airlines mana-manalah.

IKLAN

Selalu Orang Tanya Boleh Tak Wanita Berhijab Jadi Pramugari, Zarul Umbrella Jawab; “Sebenarnya Ada Satu Airlines…”

“Yang tak ada pengalaman, anda kena buka tudung untuk jadi pramugari dekat Malaysia ni,” kongsi Zarul.

Sekadar info, Zarul memulakan kerjaya dalam bidang seni pada tahun 1994 sebagai vokalis kumpulan Umbrella.

IKLAN

Kumpulan itu cukup popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka dan Bukalah Hatimu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Zarul Umbrella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI