Pengurus besar Suria FM, Dj Lin tidak mahu orang luar memikirkan mengenai pemilihan Shuib sebagai penyampai baru segmen pagi Suria FM sebagai misi balas dendam terhadap penyampai radio sebelum ini.

Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid, sebagai stesen radio swasta, mereka harus sentiasa bergerak ke hadapan walau sebesar mana cabaran yang harus mereka tempuhi.

“Saya tidak bersetuju bila ada yang kata pemilihan Shuib ini sebagai misi balas dendam terhadap penyampai terdahulu. Sebagai sebuah stesen radio swasta, sudah semestinya jumlah pendengar dan revenue sangat penting buat kami.

“Dua elemen ini sangat berkait rapat dan menjadi kewajipan untuk saya serta pihak pengurusan untuk mecapainya di Suria FM.

“Jadi, misi kami sebenarnya bila dah alang-alang masuk medan perang, kita memang nak menang. Itu prinsip saya. Saya percaya anak-anak buah saya di Suria FM turut punyai prinsip yang sama,” katanya.

IKLAN

DJ Lin menambah, Suria FM kini punyai misi yang lebih penting iaitu untuk memintas kedudukan stesen-stesen radio lain menerusi ‘radio survey’ yang akan bermula pada 11 September ini.

“Kalau kita imbau pencapaian Suria FM beberapa tahun lalu, kami di kedudukan yang ke-5 dalam rangking stesen radio paling popular Bahasa Melayu.

“Daripada ranking nombor lima, alhamdulillah dengan bantuan Allah dan komitmen anak-anak buah saya, kita berjaya berada di kedudukan ke-4.

IKLAN

“Namun, takkanlah kami nak kekal ditempat ke empat sahaja. Jumlah pendengar Suria FM pun makin ramai termasuklah di digital platform.

“Saya percaya, kalau kena dengan strateginya, Suria FM ini mampu melonjak ke tangga ke-3 atau lebih baik ke tangga yang teratas. Saya memang sangat yakin,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Shuib yang bergandingan bersama dua rakan penyampai Ajak dan Suraya menerusi segmen pagi, Morning Morning Suria sudah pun memulakan tugasnya di konti hari ini.

IKLAN

Malah dia turut memuat naik foto bersama dua rskan penyampai lain.

Shuib bakal mula ke udara di stesen radio Suria FM bermula Isnin ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI