Pelakon senior, Jasmin Hamid memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan kesihatan menantunya, Fieza Fizzry yang kini difahamkan sedang dirawat di hospital.
Menurut Jasmin, menantunya itu dilaporkan mengalami komplikasi pada bahagian paru-parunya.
“Mohon ehsan kalian panjatkan doa pada Allah untuk MENANTU saya FIZA,yang berada di ward maternity kerana ada komplikasi pada paru-parunya untuk segera sembuh,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama 7 Hari Mencitaiku 3 itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Jasmin turut berharap agar keadaan menantu dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Semoga Allah berikan kesembuhan secepat mungkin dan pelihara kesihatan menantu dan baby dalam kandungannya.
Terima Kasih di atas doa kalian.
“Mohon Allah berikan kekuatan buat kami sekeluarga untuk menjalani ujianNya ..
ALLAH MAHA BAIK,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Jasmin dan seluruh ahli keluarganya.
Ads
“Semoga Allah beri kesembuhan dengan segera.
“InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Allah uji sebab sayang.
“Semoga diberikan kekuatan, ketabahan
dan kesembuhan daripada Allah.
Ads
“Semoga diberikan syifa dan diangkat segala penyakit. Dipermudahkan segala urusan buat menantu Kak Min,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Fieza merupakan isteri kepada anak angkat Jasmin, Lukhman Hakim.
Luqman dan Fieza telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2020.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Jasmin Hamid & Lukhman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, semalam ternyata meninggalkan kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia.
Kebakaran ngeri itu telah meragut sebanyak 23 nyawa, 21 orang pelajar tahfiz dan dua orang guru disahkan terkorban, empat cedera parah dan tiga lagi mengalami cedera ringan.
Penyampai berita Buletin Utama, Nor Intan Ezreena Amir Hamzah ketika bersiaran langsung tidak dapat menahan kesedihan rentetan tragedi ini.
Ketika itu, dia tidak dapat membaca teks berita dengan lancar sebaliknya tersekat-sekat ketika membaca berita mengenai surat salah seorang pelajar tahfiz yang maut.
Intan tidak dapat menahan kesedihan lebih-lebih lagi ketika menyebut mangsa kebakaran iaitu Amiel Asyraf Abdul Rashid yang berusia 11 tahun meninggalkan satu nota yang antara lain berhasrat membawa ibu dan ayahnya ke syurga.
Ketika itu, dia mula sebak dan terus menundukkan muka. Bagaimanapun, teks itu disambung oleh pasangannya, Kamaruddin Mape pada malam Khamis itu.
“Sebenarnya sejak dua tiga hari ni mata kiri saya asyik berkelip-kelip. Selalu orang kata nak menangis. Saya risau sebab takut ada perkara buruk nak jadi.
“Rupa-rupanya, bukan setakat menangis je, tapi menangis masa live on air. Hanya Allah je tahu betapa susahnya nak kawal perasaan, nak make sure okay semula sebab banyak lagi berita nak baca ni. Ikut hati memang nak lari keluar studio.
“Tak nak baca dah. Tapi tu akan menyusahkan semua orang termasuk rakan penyampai, En Kamaruddin Mape, penerbit dan krew produksi. Paling terharu bila makeup artist, sharmin lari masuk dalam studio bawa tisu,”ujarnya kepada MH Online.
Tambah Intan, dia yang malu apabila menangis seolah-olah dirinya tidak kuat dan gagal mengawal perasaan.
“Tapi alhamdulillah semua orang faham dan lebih menyentuh hati, penonton pun sedih bersama-sama. Lagi terkejut bila video baca tu jadi viral,” katanya.
Bila ditanya mengenai bagaimana mengawal perasaan sebagai pembaca berita, Intan berkata dia bukanlah orang yang sesuai untuk memberi tips oleh kerana dia sendiri juga tidak dapat mengawal perasaan.
“Sebelum ni banyak kali nak menangis sbb sedih tengok orang meninggal dunia. Especially kalau orang tua, memang saya sedih. Sebab teringatkan arwah ayah saya yang dah pergi empat tahun lalu.
“Tapi kalau nak kawal perasaan tu, selalunya saya takkan tengok visual masa cerita tu ditunjukkan. Saya akan divert perhatian kepada benda lain untuk make sure saya tak terfikir pasal kesedihan cerita tu,” jelasnya.
Intan turut berkata, sejujurnya tiada kata-kata yang sesuai untuk memujuk hati keluarga mangsa yang perlu mengharungi hidup selepas ini tanpa anak-anak yang mereka sayangi.
“Hanya doa dan harapan yang boleh saya kirimkan supaya mereka terus kuat dan tabah. Seluruh rakyat Malaysia pun bersedih dengan kehilangan anak-anak syurga itu,” ujarnya.
Video saat hiba itu turut dimuat naik di laman Facebook Buletin Utama TV3. Perkongsian Buletin Utama itu telah menerima lebih daripada 519,741 tontonan dan lebih 4,430 perkongsian setakat ini.
Ruangan komen juga dihujani pelbagai reaksi daripada seluruh rakyat Malaysia yang turut berkongsi rasa sayu mereka atas kejadian yang sangat mengejutkan ini.
Terdahulu, pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi atau sinonim dengan panggilan Pak Nil berduka cita atas pemergian abang tersayang, Azharnim Haji Nawawi baru-baru ini.
Kongsi Pak Nil, arwah abangnya itu telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, Selasa lalu.
Baru-baru ini, pengacara berusia 56 tahun itu ada membuat ‘Live’ di akaun Instagram seterusnya meluahkan rasa sedih atas kehilangan abang tercinta.
Menurut Pak Nil, abangnya itu telah meninggal dunia berpunca kesan daripada tabiat merokok.
Lalu, bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia itu memberi nasihat dan menyarankan agar semua perokok untuk berhenti merokok.
“Pak Nil nak bagi tahu semua, berhentilah merokok. Ayah Pak Nil pergi sebab merokok, abang Pak Nil dua orang pergi sebab merokok. Tolonglah kesianlah adik-adik, mak ayah.
“Kalau boleh berhenti, berhentilah. Sekarang Pak Nil rindu dengan abang Pak Nil,” luah Pak Nil.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendedikasikan kemanangan selaku Pengacara Paling Popular 2024 buat rakan-rakan pengacara yang berusaha mendidik masyarakat dalam setiap program yang mereka kendalikan.