Pengarah, Jinggo menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-27 bersama pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly.

Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, meskipun sudah mendirikan rumah tangga hampir tiga dekad, namun, dia tetap sedar yang dirinya juga mempunyai banyak kelemahan.

“Saya tahu saya tak akan dapat penuhi semua impian awak. Saya tahu saya tak akan boleh bagi semua kemahuan awak.

“Saya tahu saya tak akan boleh buat awak ketawa sentiasa. Saya tahu saya tak akan boleh buat awak tersenyum selalu,” tulisnya.

Titipan istimewa itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Selagi Bernyawa Saya Jaga Awak Selamanya,” – 27 Tahun Sehidup Semati, Romantis Ucapan Jinggo Buat Sheila Rusly “Selagi Bernyawa Saya Jaga Awak Selamanya,” – 27 Tahun Sehidup Semati, Romantis Ucapan Jinggo Buat Sheila Rusly

IKLAN

Katanya lagi, selagi hayatnya masih ada, dia akan sentiasa memegang amanah dan menjaga Sheila selama-lamanya.

“Tapi saya tahu, selagi saya bernyawa,
saya boleh jaga awak selamanya.
Happy 27th Anniversary Babe.
Love you,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti tersebut melihat komen tersebut selain turut mendoakan semoga rumah tangga Jingga dan Sheila berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Happy anniversary yoep dan sis. Sampai syurga,” komen selebriti versatil, Alif Satar.

IKLAN

“Happy anniversary adik. Moga kekal bahagia hingga ke jannah. Ameen,” balas pelakon senior, Normah Damanhuri.

“Semoga Allah panjangkan jodoh kalian hingga syurga,” kata pengacara, Maria Tunku Sabri.

“Semoga Allah redai rumah tangga kalian sampai syurga firdaus,” komen seorang netizen.

IKLAN

“Happy anniversary Tok Sidang dan sis. Semoga kekal hingga jannah. Suka tengok kome berdua,” komen seorang netizen.

Sekadar informasi, Jinggo dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1995 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Malah, kehadiran cucu pertama hasil perkahwinan anaknya, Uzair Haqimy bersama pelakon, Elisya Sandha turut menambahkan lagi seri di dalam keluarga mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Jinggo & Sheila Rusly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI