Penyanyi Salamiah Hassan, 72, kini tampil dengan imej baharu sekali gus mengesahkan dirinya kini sudah bertudung selepas kira-kira empat bulan kehilangan suami tercinta, Allahyarham Gery Hughes.

Salamiah berkata, dia bertudung kerana pilihan sendiri dan senang sekiranya kisah hijrahnya itu tidak menjadi topik atau isu.

“Tiada apa yang perlu saya komen. Saya memang nak pakai (tudung). Saya tak suka perkara ini menjadi satu isu besar.

“Rasanya anda pun mengenali saya seorang yang menjaga privasi. Jadi, apa yang boleh saya katakan saya pakai tudung baru-baru ini sebab saya sendiri nak memakainya, bukan pasal apapun.

“Saya pun baru selesai tempoh edah dan nak aktif bekerja. Sekali lagi saya tegaskan saya enggan perubahan ini menjadi isu besar,” katanya.

IKLAN

Ditanya mengenai keadaan terkininya selepas pemergian suaminya akibat kanser kolon, Salamiah tidak dia tidak mampu menutup rasa kehilangan yang masih berbekas.

“Saya okey saja. Kita tiada kuasa dengan apa yang sudah Allah tentukan. Kita harus reda dan terima hakikat serta teruskan kehidupan.

IKLAN

“Nak kata saya kuat, saya ini hanya manusia biasa. Pastilah masih ada rasa sedih itu.

“Lagipun boleh ke kesedihan itu hilang begitu saja, melainkan saya sendiri yang kena mengawalnya dengan kekuatan yang Allah berikan. Apa yang saya lalui sama seperti orang lain yang kehilangan insan tersayang,” katanya.

IKLAN

Imbas kembali, Salamiah menamatkan zaman solo selama 35 tahun apabila memilih Hughes sebagai suami pada 1 September tahun lalu.

Salamiah dan Hughes yang juga duda tiga anak mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu.

Bagaimanapun pada 4 November tahun lalu, Salamiah dikejutkan dengan pemergian suami akibat kanser kolon di Tasmania, Australia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI