Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee berkata langkahnya dalam menjauhkan diri daripada media sosial selama lebih setahun lalu sedikit sebanyak telah berjaya ‘memulihkan’ dirinya.

Menurut Andi atau nama sebenar, Andi Azrul Andi Mapangile, 32, dia mengalami kemurungan selepas menjadi mangsa sihir sekitar dua tahun lalu.

“Setahun lebih berehat daripada aktiviti seni dan tempoh berdiam diri, saya ada juga bercuti ke Jepun untuk mencari ketenangan selain masih berusaha dengan perubatan alternatif bagi memulihkan diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee)

“Tentang tahap pulih, saya rasa sekitar 60 peratus. Dalam tempoh itu, saya banyak travel antaranya ke Jepun tapi saya tak kongsikan di media sosial demi kesihatan mental saya pada ketika itu,” katanya kepada MH.

IKLAN

Andyi ditemui pada majlis pelancaran lagu raya nyanyiannya bersama Ryan Bakery berjudul Raya Last Minit yang diadakan di Ibis Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

Berkongsi lanjut mengenai ‘detik hitam’ menjadi mangsa sihir, Andi berkata kesannya masih terasa sehingga ke hari ini termasuk menghadapi kesukaran untuk menghafal skrip.

“Tentang gangguan sihir sebelum ini memang beri banyak perubahan kepada hidup saya sehingga hari ini.

“Antara impaknya ialah saya sukar hendak hafal skrip apabila ingin masuk set penggambaran.

IKLAN

“Seperti hilang daya ingatan singkat, susah sangat nak masuk kepala dan disebabkan itu, banyak tawaran lakonan dan persembahan perlu ditolak,” katanya lagi.

Walaupun diuji dengan dugaan sebegitu, Andi bersyukur sentiasa dikelilingi individu yang memahami dirinya malah setiap masa dia cuba untuk berfikiran positif dalam semua perkara.

“Alhamdulillah orang di sekeliling saya sangat membantu dan banyak beri motivasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee)

IKLAN

“Kalau boleh tak mahu tunjuk keadaan yang teruk di depan ibu tetapi sorok macam mana pun, dia tetap tahu juga,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pada Februari 2021, Andi dilaporkan menjadi mangsa ilmu hitam sehingga menjejaskan kesihatannya.

Antara kejadian buruk yang berlaku padanya ialah terdapat paku karat yang ditarik keluar daripada tekaknya dan katak kering ditemui atas bumbung rumahnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI