Anggota kumpulan Kpop BTS, Jungkook, 26, secara rasmi telah dilantik sebagai duta global bagi jenama pakaian popular dunia, Calvin Klein.
Pengumuman itu dikongsikan jenama tersebut menerusi platform media sosial mereka baru-baru ini.
Menerusi video kempen terbaharu menampilkan Jungkook sebagai wajah baharu mewakili jenama tersebut, penyanyi itu turut menayang bahagian perut six-pack sehingga membuatkan peminatnya dari seluruh dunia teruja.
Malah, pemilihan Jungkook juga dilihat memberikan hasil pulangan lumayan buat jenama dari Amerika Syarikat itu apabila kebanyakan produk terbaharu mereka yang digayakan penyanyi itu telah habis terjual di seluruh dunia dalam tempoh masa yang singkat.
Ads
Pengaruh Jungkook juga telah menyebabkan stok saham Calvin Klein terus melonjak naik secara mendadak sebanyak 20 peratus pada hari yang sama dengan pengumuman tersebut.
BTS kini berada dalam tempoh berehat selama dua tahun berikutan terikat dengan latihan ketenteraan yang wajib dijalani semua warganegara lelaki di Korea Selatan.
Ads
Buat masa ini, ahli kumpulan paling tua iaitu Jin, 31, sedang mengikuti latihan tersebut dan bakal disusuli dengan J-Hope, 29, dalam tempoh terdekat ini.
Meskipun sudah lebih dua dekad menempa nama di dalam industri seni tempatan, kumpulan nasyid, Rabbani masih lagi sibuk memenuhi pelbagai jemputan persembahan walaupun di luar bulan Ramadan.
Menurut salah seorang ahlinya, Azadan Abdul Aziz, mereka kini sudah tidak lagi memikirkan soal populariti sebaliknya hanya mahu menyampaikan dakwah dalam persembahan mereka.
“Kami berpegang pada satu ayat ini. Nabi pernah berpesan, kita ini khalifah di muka bumi ini. Sebenar mana pun pentas yang kami pernah buat persembahan, kami menganggap penampilan kami itu sebagai suri teladan buat diri sendiri, keluarga, peminat dan masyarakat.
“Kami akan berusaha menyampaikan dakwah walaupun satu ayat seperti mana yang dikehendakki oleh Nabi Muhammad SAW.
“Setiap hari kami bangun, kami fikirkan apa yang kami boleh buat untuk orang ramai. Kami tak fikir dah soal popular, glamour atau ramaikan followers.
“Perkara-perkara tersebut akan datang sendirinya bila kita letakkan diri sebagai khalifah di muka bumi ini,” katanya.
Rabbani berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media Program Perkampungan Madani Ramadan Dihayati yang berlangsung di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation, Semenyih, Selangor baru-baru ini.
Bagaimanapun, Azadan tetap bersyukur kerana Rabbani dikurniakan keluarga yang sangat memahami meskipun kurang masa bersama keluarga ketika di bulan Ramadan.
“Alhamdulillah, keluarga memang dah terbiasa dengan aktiviti kami seawal pembabitan kami di dalam industri ini. Kami dah biasa berjauhan di bulan Ramadan.
“Bagaimanapun, mana-mana tempat yang kami datang untuk majlis berbuka, kami akan minta sekurang-kurangnya satu hari pada penganjur untuk bawa kelurga berbuka bersama,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Rabbani akui berbesar hati apabila dijemput untuk berkolaborasi bersama Semenyih Eco Venture Resort & Recreation untuk program Perkampungan Madani Ramadan Dihayati.
Ia menyediakan lebih 200 menu masakan traditional Malaysia, Asia dan Timur Tengah terdiri dari satu pasukan pakar masakan berpengalaman.
Selain majlis buka puasa dan persembahan, Rabbani bakal sama-sama memeriahkan sambutan Ramadan dengan pelbagai aktiviti pengisian seperti kelas pengajian kitab, tadarus, tarawih dan qiamulail.
Terdapat beberapa pakej menarik yang diperkenalkan seperti Pakej Madrasah Ramadan, Pakej Lailatulqadar dan Pakej Berbuka Puasa.
Pelanggan bertuah juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa tiga pakej Umrah selain hadiah harian iaitu percutian 2 Hari 1 Malam di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Awal Ashaari menyifatkan dirinya bertuah selepas mendapat sokongan penuh isteri yang juga selebriti popular, Scha Al Yahya apabila impiannya untuk membuka sebuah kedai kopi sendiri menjadi kenyataan.
Awal, 41, juga bersyukur kerana proses pembukaan cawangan pertama The Great Coffee Club di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam berjalan lancar minggu lalu.
“Isteri sebelum ini dia akan rasa ragu-ragu sekiranya saya mahu melancarkan sesebuah projek atau produk baharu. Sebab kalau dia rasa saya terlalu berimpian, dia akan ‘tarik’ dan sedarkan saya.
“Namun bila saya nyatakan hasrat untuk buka kedai kopi, dia terus kata ‘ya’ dan bersetuju. Malah Scha cakap mengapa tidak untuk saya buat. Dia berikan galakan seratus peratus dan berada di belakang saya.
“Kalau sebelum ini, dia pasti akan selidik itu dan ini terlebih dulu. Misalnya saya buat kerja dengan siapa, boleh atau tidak saya lakukan dan sebagainya. Dia akan kritik, tapi situasinya kali ini berbeza.
“Jadi secara tak langsung saya terbuka dan selesa untuk meneruskan projek ini. Scha berikan semangat dan alhamdulilah semuanya dipermudahkan,” katanya kepada MH.
Malah bapa kepada dua cahaya mata itu menambah, kopi memiliki nilai sentimental susulan air kegemaran ramai itu turut menyatukan hubungannya dengan Scha.
“Kami berdua memang penggemar kopi. Kalau nak ‘throwback’ kisah cinta saya bersama Scha dulu pun, kami selalu ‘dating’ di sebuah kedai kopi di Bangsar.
“Jadi boleh dikatakan kopi menyatukan saya dan Scha kerana kami berdua berkongsi air minuman yang sama.
“Malah setiap kali kami melancong ke luar negara, perkara pertama yang kami akan kunjungi adalah kedai kopi kerana nak rasa kelainan di setiap lokasi.
“Jadi sekarang saya terharu kerana impian yang dah lama saya tunggu akhirnya menjadi kenyataan dan segala proses berjalan dengan pantas,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Awal menjelaskan dia memilih Shah Alam sebagai lokasi pertama kedai kopi miliknya kerana menepati target pasaran selain lokasinya yang strategik.
“Saya memilih Shah Alam kerana lokasinya yang dekat dengan beberapa buah universiti selain menepati target pasaran.
“Kalau kita lihat tidak banyak kafe atau kedai kopi yang seumpama dengan kedai saya. Jadi sebagai permulaan saya pilih Shah Alam.
“Malah kedai kopi ini juga boleh menjadi lokasi untuk pelajar universiti ‘healing’ atau bersantai. Sebab itulah rekaan kedai kopi ini sangat dekat dengan jiwa muda selain semua orang boleh datang nikmatinya,” katanya.
Sementara itu, dia kini sedang dalam perancangan untuk menjadikan kedai kopi itu sebagai lokasi program poscast kendaliannya, The Great Coffee Talk selepas sambutan Syawal nanti.
“Insha-Allah perancangannya raya. Saya nak buat podcast yang akan disiarkan di platform YouTube dan media sosial. Kita buat dalam kedai dan itu antara kelainan yang saya rasa okay.
“Mengikut perancangan, saya nak jemput individu yang dapat memberikan inspirasi setiap minggu untuk berkongsi kisah hidup dan kejayaan mereka,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tarikh 27 Mac hari ini genap menandakan sudah dua tahun pengacara dan usahawan popular Neelofa Mohd Noor bergelar isteri kepada pendakwah bebas, Pu Riz.
Mengabadikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka, Neelofa, 34, memuat naik beberapa foto majlis perkahwinannya yang pernah digelar ‘Wedding of the Year 2021’ di laman Instagram miliknya.
Menulis kapsyen ringkas, “27.3.2021, may this love be blessed till jannah”, posting Neelofa itu menarik perhatian ramai yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rakan artis dan netizen tidak ketinggalan memberikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan Neelofa dan Pu Riz atau nama sebenar, Haris Ismail.
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.