Abang kepada penyanyi, Stacy Anam iaitu Chaq, 35, dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sibu, Sarawak jam 4.30 pagi, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh adik lelakinya, Aldrich yang menjaga Chaq di hospital.

“Abang saya sudah tiada,” katanya seperti yang dipetik.

Sementara itu, Mstar pula melaporkan, pihak keluarga kini sedang menguruskan proses untuk membawa pulang mendiang ke Penampang, Sabah dan berkemungkinan akan dikebumikan pada Rabu.

“Kami tak dapat mencari penerbangan pada hari ini (Selasa). Jadi, kami terpaksa tunggu sehari lagi.

IKLAN

“Stacy pula akan terus pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu,” kata Aldrich seperti yang dipetik.

Terdahulu, Chaq telah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari yang lalu akibat kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.

Menurut keluarganya semalam, Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam itu bertarung nyawa walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan.

IKLAN

Doktor turut memberitahu mereka untuk terus berdoa memandangkan keadaannya yang tidak menentu pada ketika itu.

Selain itu, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka.

IKLAN

Tekanan darah dan jantungnya dilaporkan rendah serta hati dan buah pinggangnya juga terkesan.

Sekadar informasi, Chaq merupakan bekas peserta program realiti Mentor musim ketiga pada 2009.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Harian Metro & Mstar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI